Berita Harian

England tumpu sepakan penalti

-

St Petersburg: England berdepan aksi pusingan kedua menentang Colombia dengan misi membaiki rekod buruk saingan kalah mati pada kejohanan utama selain bersedia kemungkina­n penentuan sepakan penalti.

Sejak skuad Three Lions memenangi Piala Dunia 52 tahun lalu, mereka hanya memenangi enam perlawanan pada pusingan kalah mati kejohanan utama.

Penentuan penalti pula menyaksika­n England mempunyai rekod buruk dalam perlawanan Piala Dunia 1990, 1998 dan 2006 termasuk Euro 1996, 2004 dan 2012.

Tidak mengejutka­n pengendali­nya, Gareth Southgate menjelaska­n pasukannya memberi tumpuan kepada sepakan penalti.

"Kami sudah berlatih dan merangka strategi dalam sepakan penalti sejak Mac lalu.

"Kami sudah mengkaji dan berlatih secara individu serta membuat penelitian lebih mendalam mengenainy­a," katanya selepas aksi terakhir Kumpulan G menyaksika­n mereka tewas 01 kepada Belgium.

Perbezaan kecil

"Kami sedar perbezaan kecil di peringkat kalah mati. Kami bersedia secara fizikal dan mental sekiranya diheret ke masa tambahan begitu juga hingga penentuan penalti sekiranya terpaksa," katanya.

Kemenangan terakhir England pada aksi kalah mati adalah 12 tahun lalu dengan mengetepik­an Ecuador 1-0 pada Piala Dunia di Jerman namun tewas pada perlawanan berikutnya menentang Portugal menerusi penentuan penalti.

Southgate sendiri mempunyai memori pahit gagal menyempurn­akan sepakan penalti penting pada separuh akhir Euro 96 menentang Jerman di Stadium Wembley.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia