Berita Harian

England berlatih sepakan penalti elak kecewa

Sebanyak 335 insiden guna sistem itu sepanjang aksi peringkat kumpulan

-

Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) menyatakan kru video bantuan pengadil (VAR) menjalanka­n semakan ke atas 335 insiden sepanjang aksi peringkat kumpulan sekali gus membantu mencapai 99.3 peratus ketepatan bagi setiap keputusan.

Sistem VAR digunakan buat kali pertama pada pusingan akhir Piala Dunia di Russia.

“Sebanyak 335 insiden disemak oleh pasukan VAR. Semua 122 gol yang dijaringka­n disemak oleh VAR termasuk banyak insiden yang berlaku di tengah padang,” kata Pengerusi Jawatankua­sa Pengadil FIFA, Pierluigi Collina.

Dengan 48 aksi di peringkat kumpulan, statistik menunjukka­n purata tujuh insiden berlaku dalam setiap perlawanan di Russia.

“Daripada 335 semakan yang dilakukan, kami melakukan 17 penilaian semula menggunaka­n VAR. Sebanyak 14 keputusan diubah menerusi penggunaan sistem ini,” kata Collina.

Guna monitor

Sebanyak 14 penilaian semula di tengah padang dengan pengadil menilai semula insiden menggunaka­n monitor di tepi padang sementara tiga keputusan diambil berdasarka­n penilaian secara terus daripada VAR.

Daripada semua insiden yang berlaku, 95 peratus daripada keputusan awal yang diambil pengadil adalah tepat meskipun tanpa campur tangan VAR.

Kadar itu meningkat kepada 99.3 peratus dengan bantuan VAR.

“VAR tidak sempurna. Masih ada tafsiran salah dan juga kesilapan dilakukan. Jadi kami tidak boleh mencapai kesempurna­an meskipun ada VAR.”

 ??  ??
 ??  ?? Southgate (kanan) mengendali­kan latihan skuad England di St Petersburg menjelang pertemuan dengan Colombia.
Southgate (kanan) mengendali­kan latihan skuad England di St Petersburg menjelang pertemuan dengan Colombia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia