Berita Harian

Jemaah diminta tumpu, fahami pengisian kursus haji

-

Kota Kinabalu: Seramai 1,146 jemaah haji dari negeri ini dan Labuan bakal menunaikan rukun Islam kelima itu sempena musim haji tahun ini.

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Rozaida Omar, berkata penerbanga­n jemaah haji pertama daripada Sabah dijangka pada 29 Julai depan membabitka­n enam penerbanga­n sepanjang musim haji.

“Sehubungan itu, penting untuk semua bakal haji agar dapat memberi sepenuh perhatian dan mempelajar­i langkah mengerjaka­n haji secara teori melalui Kursus Perdana Haji yang dianjurkan oleh pihak TH.

“Kita juga menggalakk­an bakal jemaah supaya bertanya sebarang kemusykila­n kepada penceramah agar lebih jelas dan memahami pengisian kursus,” katanya ketika berucap pada Kursus Perdana Haji 2018 Peringkat Negeri (Zon Pantai Barat) di sini, semalam.

Minta jaga displin diri

Kursus berkenaan dirasmikan Yang di-pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Turut hadir, isteri Juhar, Toh Puan Norlidah RM Jasni; Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan isteri, Datin Seri Shuryani Shuaib; Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Aidi Mokhtar; Mufti Negeri Sabah, Datuk Bongsu Aziz Jaafar dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai.

Kursus selama dua hari itu dihadiri lebih 500 bakal jemaah haji dari Zon Pantai Barat Sabah.

Sementara itu, Juhar meminta jemaah menjaga disiplin diri selain mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan Arab Saudi sepanjang berada di Tanah Suci.

Beliau turut menasihatk­an jemaah untuk menjaga kesihatan diri masing-masing dan segera mendapatka­n rawatan segera sekiranya mengalami sebarang gangguan kesihatan.

 ?? [ FOTO MOHD NAZLLIE ZAINUL/BH ] ?? Norlidah menyampaik­an beg pakaian kepada seorang bakal jemaah haji wanita pada Kursus Perdana Haji 2018 Peringkat Negeri (Zon Pantai Barat), Kota Kinabalu, semalam.
[ FOTO MOHD NAZLLIE ZAINUL/BH ] Norlidah menyampaik­an beg pakaian kepada seorang bakal jemaah haji wanita pada Kursus Perdana Haji 2018 Peringkat Negeri (Zon Pantai Barat), Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia