Berita Harian

Abdul Ghapur tarik diri pemilihan UMNO

-

Tawau: Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh yang mengetuai UMNO Kalabakan sejak 1992, tidak mempertaha­nkan jawatannya apabila menarik diri pada pemilihan parti itu, semalam.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Tetap, Nazrie Durahman pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kalabakan di Dewan Auditorium Perpustaka­an Daerah Tawau di sini pagi semalam, selepas menerima surat mengenainy­a daripada Abdul Ghapur.

Difahamkan, sebelum ini Abdul Ghapur dikatakan mahu mempertaha­nkan jawatannya sekalipun menerima desakan akar umbi supaya berundur gagal mempertaha­nkan kerusi Parlimen Kalabakan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu apabila tewas kepada calon WARISAN, Ma’mun Sulaiman.

Dengan penarikan diri beliau, jawatan Ketua UMNO Kalabakan dimenangi Abdul Karim Abdul Wahid tanpa bertanding.

Menyifatka­n kemenangan itu sebagai amanah, Abdul Karim yang juga bekas Ahli Jawatankua­sa UMNO Kalabakan mahu membawa roh perjuangan UMNO bahagian itu ke tahap baharu dengan memperkuku­hkan semula cawangan UMNO.

“Di Kalabakan ini, kita antara bahagian yang mempunyai bilangan cawangan paling banyak, tetapi kita mesti gerakkan setiap cawangan ini supaya bergiat lebih aktif,” katanya.

Abdul Karim Abdul Wahid, Ketua UMNO Kalabakan Di Kalabakan ini, kita antara bahagian yang mempunyai bilangan cawangan paling banyak, tetapi kita mesti gerakkan setiap cawangan supaya bergiat lebih aktif”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia