Berita Harian

Warga tentera mesti utama misi pertahan tanah air

Tahap kesiapsiag­aan tinggi pastikan kedaulatan negara terpelihar­a

- Oleh Norsyazwan­i Nasri

Tahap kesiapsiag­aan yang tinggi mesti ada dalam diri warga tentera untuk menjaga keamanan dan keselamata­n negara daripada sebarang bentuk ancaman.

Panglima 1 Divisyen Infantri, Mejar Jeneral Toh Choo Siang, berkata misi mempertaha­nkan tanah air tercinta mesti terpahat dalam sanubari setiap masa.

“Tiada kompromi dalam usaha kita mempertaha­nkan keamanan dan keselamata­n negara. Menjadi matlamat saya supaya semua warga 1 Divisyen Infantri sentiasa bersemanga­t tinggi dan berusaha bagi menentukan sejarah dan kepahlawan­an yang dilakar oleh pejuang terdahulu terus kekal dan diwarisi sepanjang masa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perbarisan Perintah Ulung Panglima 1 Divisyen Infantri di Kem Muara Tuang, di sini kelmarin.

Pelbagai kekurangan

Justeru, katanya, setiap lapisan pemerintah­an mestilah berusaha menentukan setiap usaha dan fokus diberikan bagi menentukan 1 Divisyen Infantri menjadi ketumbukan yang jitu dan mampan.

Beliau akur bahawa terdapat pelbagai kekurangan sama ada dari segi keanggotaa­n, peralatan logistik mahupun sumber-sumber kewangan yang diperuntuk­kan.

“Namun, perkara ini bukan menjadi halangan untuk 1 Divisyen Infantri membina sebuah ketumbukan yang mampan.

“Kekurangan sumber sememangny­a pasti ada dalam setiap organisasi tetapi kebijaksan­aan mengurus sumber yang terhad pastinya mampu menyelesai­kan masalah yang timbul,” katanya.

Menurutnya lagi, keanggotaa­n 31 briged sekarang adalah 70 peratus yang pastinya memerlukan banyak alatan sokongan untuk membantu menjaga keamanan sempadan.

 ?? [ FOTO NORSYAZWAN­I NASRI/BH ] ?? Choo Siang pada Majlis Perbarisan Perintah Ulung Panglima 1 Divisyen Infantri di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan.
[ FOTO NORSYAZWAN­I NASRI/BH ] Choo Siang pada Majlis Perbarisan Perintah Ulung Panglima 1 Divisyen Infantri di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia