Berita Harian

Penunggu Sungai Igan cetus kegusaran

-

Mukah: Kehadiran buaya gergasi yang berukuran lebih lima meter mencuri tumpuan ramai, terutama pengguna feri di Batang Igan.

Diberi jolokan ‘Penunggu Sungai Igan’, kehadirann­ya turut mencuri perhatian netizen apabila video kemunculan­nya disiarkan menerusi laman sosial Facebook sejak beberapa minggu lalu.

Seorang penduduk, Ali Suhaili Merikan, 45, berkata, reptilia berkenaan dilihat kerap timbul berhampira­n feri Igan terutama pada waktu pagi dan lewat petang.

“Apa yang menariknya, buaya yang sama ini sering muncul berhampira­n feri, berenang dari hilir menuju ke hulu sungai.

“Ia kelihatan tidak takut dengan manusia dan seolaholah sedang mengintai mangsa,” katanya kepada NSTP.

Pengguna feri, Abdul Mutalib Jemain, 30, berkata, dia kerap melihat kelibat kumpulan buaya menyusuri dan berjemur di tebingan sungai termasuk satu daripadany­a berukuran luar biasa.

Katanya, kemunculan buaya bukan sesuatu yang pelik, namun kehadiran reptilia itu menggusark­an penduduk apabila semakin kerap muncul sejak kebelakang­an ini.

Buaya hampiri feri

“Saya pernah melihat seekor buaya besar berjemur di atas jeti yang menjadi laluan utama kenderaan masuk ke dalam feri. Ketika itu, saya dalam perjalanan pulang ke kampung dan air sungai sedang pasang besar.

“Beberapa hari lalu, penumpang feri dikejutkan lagi dengan kemunculan seekor buaya gergasi yang dilihat cuba mengham piri feri sebelum menghilang­kan diri di hulu sungai,” katanya.

Sehubungan itu, Abdul Mutalib menggesa pihak berwajib melakukan pemantauan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

 ?? [ FOTO IHSAN PEMBACA ] ?? Imej seekor buaya gergasi yang sempat dirakam oleh pengguna feri Igan.
[ FOTO IHSAN PEMBACA ] Imej seekor buaya gergasi yang sempat dirakam oleh pengguna feri Igan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia