Berita Harian

Empat suspek samun kedai serbaneka tumpas

Polis rampas pisau dipercayai digunakan ketika melakukan jenayah

- Oleh Junaidi Ladjana

Polis menahan empat lelaki selepas dipercayai terbabit dalam beberapa kes samun di sekitar daerah ini, Rabu lalu.

Semua suspek berusia 23 hingga 31 tahun ditahan susulan kes samun seorang pemuda berusia 18 tahun di sebuah kedai serbaneka 24 jam di bandar raya ini pada 24 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata susulan laporan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Kinabalu menjalanka­n empat serbuan dan menahan empat lelaki di kawasan Likas, di sini, antara 27 Julai hingga kelmarin.

“Polis turut merampas sebilah pisau berukuran 33 sentimeter dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah samun, selain merampas telefon bimbit, beg galas, topi dan beberapa helai baju,” katanya di sini, semalam.

Chandra berkata, dengan tertangkap­nya empat suspek terbabit, polis berjaya menyelesai­kan sekurang-kurangnya tiga kes samun di sekitar bandar raya ini.

Mengacu parang

“Hasil siasatan ketika samun di kedai serbaneka itu, suspek berpura-pura masuk ke dalam kedai untuk membeli sebungkus gula-gula dan ketika hendak membayar di kaunter, penjaga kaunter bertanya jika suspek mempunyai duit syiling.

“Suspek sekali lagi berpurapur­a mengambil wang dari dalam beg dibawanya sebelum mengeluark­an parang pendek dan mengacu ke arah mangsa.

“Mangsa diarah membuka mesin juruwang sebelum menyerahka­n dalam mesin berkenaan kerana bimbang dicederaka­n,” katanya.

Menurutnya, semua suspek dipercayai menggunaka­n kenderaan Grab selepas selesai melakukan jenayah.

“Semua mereka ditahan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan menggunaka­n senjata.

“Ujian saringan awal air kencing, semua suspek adalah positif dalam penyalahgu­naan dadah dan turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia