Berita Harian

Chopra, Jonas jalin cinta

Keduanya bertemu keluarga masing-masing

-

Selepas beberapa bulan khabar angin bertiup mengenai hubungan cinta dan gambar mereka diambil paparazzi, Nick Jonas akhirnya muncul dalam Instagram Priyanka Chopra.

Walaupun pasangan yang dikhabarka­n bercinta itu saling meninggalk­an komen menunjukka­n kemesraan antara satu sama lain sejak beberapa bulan lalu, mereka membawa hubungan itu ke peringkat seterusnya ketika kunjungan terbaharu ke India, memuji satu sama lain di Instagram Stories.

Pasangan itu menghabisk­an minggu awal kunjungan dengan bercuti di India di mana Chopra dila porkan memperkena­lkan Jonas kepada keluargany­a.

Berkongsi gambar di Instagram

Beliau berkongsi gambar Jonas dan seorang lelaki (dikhabarka­n saudara lelakinya) berdiri bersebelah­an di tepi pantai di Goa dengan keterangan gambar, ‘Lelaki Pilihan Saya,’ diikuti emoji berbentuk hati.

Percintaan di media sosial susulan lawatan itu tidak berhenti di sana. Minggu lalu, Nick berkongsi gambar Chopra dalam Instagram

Story miliknya dan menulis keterangan ‘dia’ bersama emoji hati.

Spekulasi mengenai status hubungan Jonas dan Chopra bermula apabila mereka menghadiri acara Met Gala 2017 bersama walaupun menafikan mempunyai hubungan ketika itu.

Khabar angin itu kembali semula apabila mereka dilihat bersama dalam majlis perkahwina­n keluarga Jonas awal Jun lalu.

Akhir Mei lalu, satu sumber mem beritahu majalah People, hubungan mereka ‘agak kasual’ dan pasangan itu ‘sangat santai serta sering keluar bersama dan saling berbalas mesej teks.’

Namun selepas lawatan ‘bertemu keluarga’ antara keduanya, kelihatan segalagala­nya bergerak selangkah ke hadapan.

“Mereka amat gembira. Hubungan mereka semakin serius,” kata sumber rapat dengan pasangan itu kepada People barubaru ini sebelum lawatan ke India.

 ??  ??
 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Jonas dan Chopra kali pertama dilihat bersama dalam acara permaidani merah Met Gala 2017.
[ FOTO AGENSI ] Jonas dan Chopra kali pertama dilihat bersama dalam acara permaidani merah Met Gala 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia