Berita Harian

Aidil selesa berkawan

dengan Fasha Sandha

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Gosip mengatakan pasangan pelakon, Aidil Aziz dan Fasha Sandha, sedang hangat bercinta sudah lama bertebaran. Bagaimanap­un, setiap kali soalan mengenainy­a diajukan kepada mereka berdua, tiada jawapan yang sahih diberikan. Sebaliknya, masing-masing lebih selesa menggunaka­n terma berkawan sebagai alasan.

Namun, dari sehari ke sehari, hubungan kedua-duanya dilihat semakin akrab. Boleh dikatakan, di mana ada Fasha, di situ juga ada Aidil dan begitulah juga sebaliknya.

Malah, sikap mesra Aidil turut dilihat ketika dia bersama anak aktres jelita berkenaan, seperti yang dipaparkan di laman sosial.

Kemuncak hikayat asmara dua merpati ini adalah apabila Fasha mengakui dirinya

Kenyataan itu dilihat seperti satu amaran daripada pelakon filem ini supaya tiada lelaki yang akan mendekatin­ya kerana walaupun dirinya kini masih memegang status solo, tetapi dia sudah pun berpunya.

Harap doa terbaik

Memandangk­an Fasha sendiri pernah mengakui, Aidil adalah lelaki yang rapat dengannya, ditambah dengan spekulasi hubungan intim yang terjalin, sudah tentu Aidil insan paling layak untuk mengulas perkara itu. Mengakui memang berkawan rapat dengan aktres berkenaan, Aidil mengharapk­an semua pihak mendoakan yang terbaik buat mereka.

“Saya akui kami memang berkawan rapat dan dari sehari ke sehari, hubungan itu bertambah baik. Saya selesa berkawan dengan Fasha kerana dia seorang yang baik, berfikiran positif dan sentiasa menyuntik kata-kata semangat kepada saya.

“Doakan yang baik-baik buat kami dan insya-allah, jika sampai masanya nanti segala persoalan akan terlerai,” kata Aidil kepada HIP.

Menurut pelakon bertubuh sasa yang mula dikenali menerusi drama rantaian Saiful Nita ini, dia juga sudah bersedia untuk memikul tanggung jawab sebagai seorang suami jika benar jodohnya sudah tersurat bersama si pemilik nama lengkap Nur Fasha Sandha Hassan itu.

“Pada usia 31 tahun, saya rasa sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Justeru, saya kena bekerja keras dan fokus pada kerjaya. Kalau sudah ditakdirka­n jodoh saya dengan Fasha, saya terima,” ujarnya.

Pernah dilamun cinta

Melihat komen yang ditinggalk­an pengikut laman sosial dua selebriti ini, rata-rata mereka merestui hubungan berkenaan dan mendoakan supaya ikatan persahabat­an itu berakhir di jenjang pelamin.

Namun, di sebalik pujian dan sokongan yang diberikan, ada juga yang mempersoal­kan perhubunga­n mereka hanya kerana status ibu tunggal dipegang Fasha.

“Jujurnya, saya malas hendak ambil peduli kata-kata negatif seperti itu. Lebih baik kita pandang ke hadapan dan tidak perlu nak menoleh ke belakang lagi.

“Tidak perlulah nak mempertika­ikan hubungan kami. Doa saja yang baik-baik kerana ia sudah cukup untuk membuat kami berasa gembira,” kata Aidil yang mula berkawan rapat dengan pelakon terbabit sejak membintang­i sitkom, Mamu Mami Gosip, terbitan produksi FS Creative Sdn Bhd, yang juga milik Fasha.

Ditanya apakah sebelum ini dirinya pernah bercinta ataupun kecewa disebabkan cinta, Aidil mengakui turut melalui pengalaman itu.

“Mestilah pernah bercinta, cuma saya malas nak kenang apa yang pernah berlaku. Sekarang saya mahu pandang ke hadapan saja,” katanya yang pernah muncul dalam filem Kanang Anak Langkau.

Syukur diri tetap diterima

Umum mengetahui, sebelum ini Aidil pernah meringkuk dalam penjara dua bulan lamanya atas tuduhan mengedar dadah. Namun, dia akhirnya dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM4,000 pada Disember 2016.

Walaupun pernah terpalit dengan kontrovers­i, Aidil bersyukur kerana peluangnya untuk kembali ke bidang seni dipermudah­kan.

“Saya sangat bersyukur kerana rezeki saya dalam bidang lakonan terbuka luas walaupun pernah terpalit dengan kisah hitam sebelum ini.

“Apabila saya kembali semula ke dunia lakonan, kepercayaa­n masih lagi diberikan dan saya sangat menghargai setiap peluang yang dihulurkan,” katanya yang bakal muncul dengan drama bersiri terbaru berjudul Vila Ghazara untuk saluran TV3.

 ??  ??
 ??  ?? available. single but not Badang Aidil memuat naik gambar bersama Fasha di Instagramn­ya dengan kapsyen 'Doakan yang baik2 aje'.
available. single but not Badang Aidil memuat naik gambar bersama Fasha di Instagramn­ya dengan kapsyen 'Doakan yang baik2 aje'.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia