Berita Harian

JATUHKAN SAYA SEBAGAI PM JIKA ADA BUKTI TAK AMANAH, MENIPU: TUN M

PM beri ingatan pemimpin PH boleh dijatuhkan jika ingkar undang-undang tadbir kerajaan

- Oleh M Hifzuddin Ikhsan, Petah Wazzan Iskandar dan Hamzah Osman cnews@nstp.com.my

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau dan pimpinan Pakatan Harapan (PH) boleh dijatuhkan jika tidak memegang amanah rakyat ketika mentadbir kerajaan.

Perdana Menteri berkata rakyat juga boleh membuat laporan jika beliau menipu dan tidak amanah dengan bukti yang cukup supaya dijatuhkan daripada jawatannya.

“Buatlah laporan jika saya menipu dan tidak amanah dengan bukti yang cukup supaya saya dijatuhkan dari jawatan Perdana Menteri.

“Perkara sama juga turut membabitka­n wakil rakyat PH. Jika mereka terbabit rasuah, terima duit untuk tipu atau dapatkan kontrak sana sini juga akan disingkirk­an daripada jawatan masing-masing dan ahli PH,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Pembanguna­n Daerah Langkawi Berhad (KPDLB) di sini, semalam.

Sambil menegaskan Kerajaan PH tidak akan mengulangi apa yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu, Dr Mahathir berkata beliau dan pimpinan boleh dijatuhkan jika menyalahi undang-undang dan agama.

“Inilah janji kita (pemimpin PH), jika ada bukti kami tidak tunaikan janji, buatlah laporan, termasuk ke atas saya.

“Perkara sama juga turut membabitka­n wakil rakyat PH. Jika mereka terbabit rasuah, terima duit untuk tipu atau dapatkan kontrak sana sini juga akan disingkir daripada jawatan masing-masing dan ahli PH,” katanya.

Berpegang pada janji, ikrar

Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi, berkata kerajaan yang dipimpin PH berpegang pada janji dan ikrar dengan tidak menipu dan mencuri.

“Apabila kami (kerajaan) berpegang pada janji, maka barulah rakyat akan terus memberi sokongan supaya terus menjadi kerajaan.

“Sekiranya kita berbuat seperti kerajaan terdahulu, sudah pasti, kita akan dijatuhkan rakyat seperti berlaku pada pilihan raya lalu,” katanya.

Sementara itu, berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Langkawi di Dewan Kompleks Sukan LADA di sini, Dr Mahathir berkata kerajaan akan menawarkan perkhidmat­an yang boleh memperbany­akkan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat untuk meningkatk­an lagi taraf hidup mereka.

Katanya ini berbeza dengan pendekatan kerajaan lalu yang lebih cenderung memberi sogokan kewangan bagi mendapatka­n sokongan rakyat.

“Bukan cara kita untuk menghulurk­an sogokan kepada rakyat dengan harapan sokongan akan diberikan oleh rakyat,” katanya.

Katanya kemenangan beliau di kerusi Parlimen Langkawi dan dua orang lagi calon PH iaitu Juhari Bulat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat dan Mohd Firdaus Ahmad sebagai ADUN Kuah, menjadi bukti rakyat di Langkawi tidak mudah dipengaruh­i taktik sogokan yang digunakan oleh Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Dr Mahathir yang diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali berkata, kemenangan PH di Langkawi pada PRU14 akan menjadi asas kepada usaha untuk meningkatk­an taraf hidup rakyat di pulau itu yang sekian lama bergantung kepada industri pelanconga­n sebagai sumber pendapatan utama mereka.

3.5 juta pelancong

Katanya industri ini membolehka­n kira-kira 3.5 juta pelancong datang ke Langkawi setiap tahun dan banyak memanfaatk­an rakyat tempatan.

“Kita perlu menambah lebih banyak hotel dan restoran bagi menampung permintaan pelancong yang semakin ramai dan orang tempatan dapat terbabit dalam usaha ini,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata, Langkawi akan terus menjadi pulau pelanconga­n bebas cukai, sekali gus memberi kelebihan kepada rakyat tempatan dan menarik pelancong.

Katanya, keputusan ini akan terus menjadi daya tarikan kepada pelancong asing dan tempatan untuk terus bercuti ke Langkawi.

“Langkawi kini menjadi satu antara 10 pulau di dunia yang terkenal sebagai pusat pelanconga­n dan kita sebagai sebuah kerajaan akan terus bangunkan pulau ini supaya menjadi lebih terkenal di dunia.

“Insya Allah dengan pelaburan kerajaan dan swasta, Langkawi akan lebih menarik untuk pelancong asing dan tempatan,” katanya.

Perkara sama juga turut membabitka­n wakil rakyat PH. Jika mereka terbabit rasuah, terima duit untuk tipu atau dapatkan kontrak sana sini juga akan disingkir daripada jawatan masing-masing dan ahli PH” Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

 ??  ?? Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad melambai kepada tetamu pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri kawasan Parlimen itu di Kuah, semalam.
Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad melambai kepada tetamu pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri kawasan Parlimen itu di Kuah, semalam.
 ?? [FOTO AMRAN HAMID/BH] ?? Dr Mahathir bersama Dr Siti Hasmah menyampaik­an duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Langkawi di Kompleks Sukan LADA, Kuah, semalam.
[FOTO AMRAN HAMID/BH] Dr Mahathir bersama Dr Siti Hasmah menyampaik­an duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Langkawi di Kompleks Sukan LADA, Kuah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia