Berita Harian

SPRM PANGGIL PEMIMPIN KANAN UMNO ISU RM2.6 BILION, SELEWENG RM900,000

-

Melaka: Parti Amanah Negara (AMANAH) menyerahka­n kepada kebijaksan­aan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menentukan senarai anggota Kabinet yang akan mewakili parti itu.

Presidenny­a, Mohamad Sabu, berkata pihaknya menyerahka­n 20 nama kepada Dr Mahathir untuk dipertimba­ngkan menganggot­ai Kabinet penuh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan berharap senarai terbabit memenuhi kriteria diperlukan.

“Majlis angkat sumpah jawatan dijadual Isnin ini (esok), ( jadi) saya tak boleh komen lagi (kerana), mungkin ada perubahan pada saat akhir, saya tak tahu.

Pemilihan adil

“Kalau semua parti tidak puas hati itu tanda (pemilihan) adil, kalau satu parti puas hati (tetapi), parti lain tidak puas hati, ia menunjukka­n kepincanga­n,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka AMANAH Nasional, di Dewan Tun Ali, Bukit Katil di sini, semalam.

Majlis yang dihadiri Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob, itu turut disertai Ketua Menteri, Adly Zahari dan Timbalan Presiden AMANAH yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub.

Dalam pembentuka­n Kabinet oleh Dr Mahathir bulan lalu, se- ramai tiga pemimpin AMANAH dilantik sebagai menteri penuh, iaitu Mohamad atau Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan, Salahuddin (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) serta Dr Dzulkefli Ahmad (Menteri Kesihatan). Baru-baru ini, beberapa lagi nama disebut bakal dilantik sebagai timbalan menteri, termasuk Ahli Parlimen Parit Buntar yang juga Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusof dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Lebih 30,000 pengunjung menghadiri majlis rumah terbuka AMANAH peringkat kebangsaan berkenaan yang diadakan buat kali pertama di negeri ini.

Selain menikmati pelbagai juadah yang tersedia, tetamu turut dihiburkan dengan persembaha­n dua artis veteran, Datuk Khadijah Ibrahim dan Aishah sambil diiringi kumpulan muzik dari Briged Seni Melaka, Bahagian Promosi Pelanconga­n, Jabatan Ketua Menteri Melaka.

 ?? [FOTO AMIR MAMAT/BH] ?? Mohd Khalil bersama Mohamad Sabu (tiga dari kiri) pada majlis Rumah Terbuka AMANAH Nasional, di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, semalam.
[FOTO AMIR MAMAT/BH] Mohd Khalil bersama Mohamad Sabu (tiga dari kiri) pada majlis Rumah Terbuka AMANAH Nasional, di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia