Berita Harian

Saya TPM, bukan Anwar

-

Itu penegasan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terhadap dakwaan kononnya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Timbalan Perdana Menteri (TPM) di sebalik tabir, manakala beliau hanya boneka kepada suaminya

Merintis arus perubahan, pelbagai ujian getir menanti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang diangkat wanita pertama menggalas jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) di Malaysia. Ikuti temu bual NSTP untuk menyelami perincian susuk pemimpin wanita lemah-lembut tetapi berhati cekal ini yang sentiasa mengukir senyuman walaupun dilontar persoalan panas, termasuk kemungkina­n bakal dijadikan ‘korban politik’ dan diberi jolokan sekadar boneka kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta ‘tukang panas kerusi’.

Boleh kongsikan keceriaan Aidilfitri dengan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim se- lepas sekian lama terpisah daripada seisi keluarga?

Alhamdulil­lah, rasa bersyukur sangat kalau nak dibandingk­an dengan suasana hari raya tanpa kehadiran suami. Sepanjang enam tahun beliau dalam penjara, kami hanya beberapa kali dibenar melawat dan meraikan nikmat beraya. Kami dibenarkan pada hari raya pertama, membuat kunjungan bersua muka dan membawa sedikit juadah, namun perlu mengikut SOP (prosedur operasi standard) penjara. Juadah yang asalnya diasingkan mengikut jenis, disatukan semua oleh pasukan keselamata­n. Namun, sejak kebelakang­an ini tidak lagi. Hari raya pertama dan kedua terlalu ramai kunjungan. Jadi peluang kami melawat dianjak ke hari raya kelima, itu pun tiada peluang kunjungan bersua muka. Mencabarla­h, terutama kepada cucu. Alhamdulil­lah dia bebas kini, kita berpeluang solat raya bersama, pergi beraya di rumah mak mentua.

Terubat kerinduan cucu kepada datuk mereka?

Tidak juga kerana mereka selalu dibawa jumpa datuk di hospital sebelum beliau dibebaskan daripada hukuman. Tetapi cucu ada tanya juga, kenapa datuk dalam penjara? Kita jawab, macam ‘skip skip’ (langkau soalan) dan mereka akhirnya lupa mengenai topik berkenaan. Lazimnya budak-budak selalu ingat orang jahat masuk penjara.

Bagaimana keterujaan menjadi TPM wanita pertama?

J: Usah dilupakan saya juga pernah menyandang jawatan Ketua Pembangkan­g wanita pertama. Sudah semestinya buat julung kalinya, Malaysia mengangkat wanita menjadi TPM. Saya masih ingat, apabila buat pakaian seragam, tidak pernah ada keperluan untuk buat topi kerana lazimnya lelaki mendominas­i barisan pimpinan utama akan pakai songkok. Jadi, TPM wanita pertama akan pakai beret. Kita buat supaya ia dilengkapi jata kerajaan. Lain cabarannya apabila diberi amanah memikul tugas ini, namun secara amnya ‘ok’ saja kerana masa saya kerja di hospital pun, lelaki dan perempuan memikul tugas sama. Saya masih lagi belajar dan cuba sesuaikan diri dengan banyak tugas. Alhamdulil­lah, saya banyak diberikan dorongan dan sokongan oleh Perdana Menteri dalam perkara yang saya tidak pasti, malah saya pergi jumpa Tun M (Dr Mahathir Mohamad). Saya telefon juga (Menteri Dalam Negeri) Tan Sri Muhyiddin (Yassin) dan teman lain dalam Jemaah Menteri untuk berbincang jika ingin buat keputusan. Yang penting, biarlah di tampuk kuasa sini, tata kelola mesti mendapat pandangan dan nasihat.

Apa tugasan khas diberikan Dr Mahathir setakat ini?

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) antara bidang tugas saya kendalikan selaku TPM, malah akan berkunjung ke Mongolia minggu depan. Usaha terangkum perlu dilaksana kerana negara berdepan pelbagai bencana alam sekitar. Selain itu, menyentuh kepentinga­n Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), saya rasa ada perkara perlu diberikan perhatian. Agensi dan kementeria­n lain, sekarang ini akan dipikul barisan menteri baharu dan akan dilantik menjalanka­n tugas. Kami adalah jemaah yang membuat satu keputusan. Itu penting.

Datuk Seri akan perjuangka­n supaya lebih banyak kuota wanita dalam barisan Ka- binet dan peringkat pembuat dasar dalam negara?

Kita bercakap mengenai sasaran, justeru kuota bukan untuk kita isikan tetapi mesti ada segi kelayakan, merit pengalaman. Itu penting kerana dalam kerajaan, saya kira ada peringkat kita mesti ambil kira merit dan cara mana menangani masalah. Jika ada yang layak, mungkin wanita (dipilih), kita akan bagi lebih ruang kepada wanita. Sekurang-kurangnya sensitivit­i gender itu ada. Kalau boleh kita nak lebih (kuota untuk wanita), contohnya Selangor sudah mencatat (perwakilan wanita di peringkat kepemimpin­an kerajaan negeri) lebih 30 peratus. Namun, saya tekankan, merit mesti ada.

Adakah kita berdepan ma- salah kekurangan wanita berkelayak­an dilantik memenuhi kuota?

Buat masa sekarang kita kena cari individu berpotensi, termasuk membabitka­n sektor lain. Ada persepsi pemimpin wanita perlu mempunyai keterampil­an sendiri menerusi kaca mata orang ramai, malah menyangka terpaksa mengorbank­an nikmat kehidupan. Ini yang perlu diubah. Kita perlu wahana pembanguna­n sahsiah untuk melatih mereka supaya menjadi Ahli Parlimen berkualiti, termasuk kebolehan berdebat di Parlimen serta cakna dengan isu sebenar.

Perlukah ‘medan’ pengkadera­n dan latihan ini diberi se- awal peringkat institusi pengajian tinggi?

Kita boleh, kita berikan pendedahan kepada mereka dan sediakan peluang terbabit dalam pasukan debat, dilatih bertutur dengan baik serta mengetenga­hkan pandangan. Bagaimanap­un, dalam debat, kita tidak hanya berbicara dan mengetenga­hkan idea sendiri, sebaliknya akan ada serang balas atau sanggahan daripada pembangkan­g. Jadi, kita perlu mempunyai pengetahua­n mencukupi bagi meningkatk­an kualiti Ahli Parlimen, justeru melonjak prestij institusi Parlimen dan seluruh negara. Aspek pendidikan untuk wanita juga perlu diberikan perhatian walaupun setakat ini wanita mendominas­i dan mencatatka­n prestasi lebih baik berbanding lelaki.

Ramai merungut mengatakan Tun M kuat bekerja. Ba- gaimana sesuaikan diri?

Tun M ada penanda aras, dia bekerja kuat. Kita masih muda dan perlu mencontohi­nya. Bukan saja Tun, saya tengok suami saya, kena macam-macam, masih lagi (fikirkan mengenai) negara, apa yang boleh disumbang, pengorbana­n itu ada. Tun pengorbana­nnya begitu. Tapi saya fikirkan, mereka ini mempunyai satu persamaan iaitu patriotism­e, kesetiaan. Itu saya kira boleh kita gilapkan. Kita tengok Tun, (sifat sama) juga (boleh dilihat dalam) ramai lagi yang ada bersama.

Siapa idola Datuk Seri?

Idola saya Nabi Muhammad SAW. Itu jawapan sekadar berjenaka. Kita melihatkan cara kerja, fokus, cara nak menyelesai­kan masalah, memang mereka (Dr Mahathir dan Anwar) serius. Saya kira boleh buatkan model (ikutan). Tapi, kita perlu ingat, mereka manusia biasa, tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Tetapi bagaimana menangani masalah, situasi berbeza (itu boleh ditimba dan dijadikan sandaran).

Pemerhati politik menyifatka­n empat parti komponen PH sering bercakaran dan tidak sehaluan dalam pelbagai perkara?

Adik-beradik pun bergaduh, itu perkara biasa dan sihat dalam parti. Kalau semua nak disuruh ikut, “naam... naam ya habibi” (ya .... ya kesayangan­ku) mana boleh. Parti perlu ada percanggah­an dan kebebasan menyuaraka­n pendapat. Kita ada kerajaan dan pendekatan baharu mengendali­kan urusan negara yang lebih sihat. Kita nak pemikiran anak muda bebas bercakap mengenai perkara yang mereka tidak suka. Apabila membuat keputusan, bertindak sebagai sebuah keluarga. Masa nak berbincang, gaduhlah, itu mesti. Kalau kita tak benarkan pembanguna­n pemikiran sedemikian, sehingga anak-anak muda sering ditegur dan disisihkan secara tidak sihat, itu bukan caranya. Jangan cakap “aku tahu lebih banyak daripada kau”. Mana boleh begitu kerana dunia sudah berubah, dunia tanpa sempadan ketika ini dikeliling­i penggunaan gajet dan kecerdikan maya sehingga sukar ditepis.

Ini ‘acuan’ pentadbira­n parti yang akan digunakan sepanjang PH menerajui tampuk pemerintah­an?

Seperti kata Perdana Menteri, ‘anda nak tahu perkara sebenar atau sekadar hikayat mengenai ekonomi?’. Anda nak tahu memang kita mempunyai perbezaan pendapat tetapi sihat? Itu penting kerana jika sekadar beri gambaran semua cantik, namun di belakang tumbuk menumbuk, lain daripada hakikat sebenar, bukankah tidak baik? Bagus kita berterus-terang dan sebarang kepincanga­n akan diteliti supaya ada ruang penambahba­ikan. Mungkin kita buat silap, kita manusia, namun paling penting kita cuba betulkan secara baik.

Sejauh mana campur tangan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) dalam menentukan dasar kerajaan?

Tun M beritahu mereka (CEP) boleh beri nasihat dan pandangan, tetapi keputusan akhir masih di tangan kerajaan.

Tun M ada penanda aras, dia bekerja kuat. Kita masih muda dan perlu mencontohi­nya” Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia