Berita Harian

TESCO TAJA 1,000 MURID SERTAI KLINIK UPSR BH DIDIK

Program tahun ini dapat kerjasama Tesco Malaysia

- Oleh Siti Salmiah A Hamid dan Seri Nor Nadiah Koris cnews@nstp.com.my

Tesco Malaysia sekali lagi bekerjasam­a dengan Berita Harian (BH), bagi menganjurk­an program Jelajah BH Didik membabitka­n 30 sekolah pada tahun ini.

Inisiatif tanggungja­wab sosial korporat (CSR) itu dijayakan menerusi program Sekolah Angkat Tesco-pintar.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Paul Ritchie, berkata kira-kira 1,000 murid Tahun Enam ditaja menerusi program ini meliputi empat lokasi iaitu Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Kedah.

“Tahun ini memperliha­tkan peningkata­n jumlah murid yang bakal mengikuti bengkel pendidikan ini berbanding tahun lalu dengan penyaluran dana sebanyak RM300,000.

“Menerusi kerjasama ini, kami berharap ibu bapa akan lebih memahami kepentinga­n pendidikan ke atas anak-anak, selain di sekolah secara mempersiap­kan mereka untuk dalam menghadapi peperiksaa­n,” katanya pada sidang media sempena pelancaran program itu di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, semalam.

Teruskan kerjasama

Yang turut hadir Ketua Pegawai Komersial The New Straits Times Press (M) Berhad, Alfian Abu Talib dan Pengarang Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an.

Ritchie turut mengakui bakal meneruskan kerjasama ini pada masa hadapan dengan mengkaji semula sasaran pelajar.

Sementara itu, Alfian berkata, adalah penting kepada semua murid untuk mengetahui teknik dan panduan terbaik ketika menjawab peperiksaa­n dengan cara yang berkesan.

“Bengkel pendidikan seperti ini banyak dijalankan di luar tetapi BH Didik adalah pelopor kepada teknik menjawab peperiksaa­n yang lebih berkesan.

“Unjuran kejayaan pada tahun lalu menjadi penanda aras untuk kami teruskan kolaborasi ini dengan menerima lebih banyak permintaan daripada sekolah dan individu untuk menyertain­ya,” kata Alfian.

Beliau berkata, ibu bapa dan murid boleh melayari www.bhpendidik­an.com.my sekiranya berminat untuk mengikuti Klinik UPSR BH Didik yang dianjurkan di seluruh negara.

 ??  ??
 ?? [FOTO ROSELA ISMAIL/BH] ?? Ritchie bersama Alfian, Ahmad Zaini dan Ketua Bahagian Pendidikan NSTP, Farah Ezrin Mohd Rashidi bersama peserta Jelajah BH Didik dan Tesco di Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
[FOTO ROSELA ISMAIL/BH] Ritchie bersama Alfian, Ahmad Zaini dan Ketua Bahagian Pendidikan NSTP, Farah Ezrin Mohd Rashidi bersama peserta Jelajah BH Didik dan Tesco di Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia