Berita Harian

Skandal ‘trilion’ ringgit teladan untuk semua

-

“Hebat dia. Dr Mahathir tua tetapi mampu menarik sokongan rakyat untuk menang pilihan raya,” kata seorang warga United Kingdom yang bertugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat antarabang­sa di Malaysia, kepada saya baru-baru ini.

Beliau menyifatka­n Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) amat menarik kerana sebuah kerajaan yang berkuasa selama 61 tahun berjaya ditumbangk­an Tun Dr Mahathir Mohamad yang sudah berusia 92 tahun.

Beliau juga berkata, banyak pemimpin dan kerajaan tumbang atas pelbagai sebab kini berlaku pula kepada Malaysia.

Memang ada kebenarann­ya. Punca kejatuhan kebanyakan­nya berpunca daripada rasuah, salah guna kuasa dan kelemahan kepemimpin­an.

Ada juga yang berpunca daripada sikap diktator atau dalam peribahasa Melayu ‘beraja di hati dan bersultan di mata yang membawa maksud ‘menurut kemahuan sendiri atau orang yang suka berbuat sesuka hati dan sewenang-wenang.

Dalam era moden pun, banyak contoh. Kita tak perlu pergi jauh hingga ke Eropah atau Afrika. Lihat sahaja negara jiran seperti Filipina dan Thailand atau jauh sedikit ke Jepun, Korea atau India.

Ada yang ‘lari malam’ mendapatka­n perlindung­an di negara lain dan hidup dalam buangan.

Pentadbira­n, pegawai awam dan ahli perniagaan yang bersekongk­ol serta tamak haloba juga menjadi punca rakyat marah. Ketika pentadbira­n pemimpin terdahulu pun berlaku cuma tidak seburuk ini.

Ia telah lama menular umpama barah yang membawa rebah, merugikan negara dan menekan hidup rakyat yang menjadi mangsa kegelojoha­n serta haloba mereka terbabit.

Saban hari selepas PRU-14 pada Mei lalu ratusan orang disiasat dan diambil kenyataan oleh agensi penguat kuasa. Banyak kediaman dan pejabat diintip, diserbu dan diselongka­r.

Rakyat telah bangkit. Dari desa hingga ke kota, petani, nelayan dan peneroka FELDA hingga kakitangan awam serta pasukan polis dan tentera.

Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO gagal menahan gelombang kebangkita­n rakyat.

Ini bukan pandangan saya sahaja sebagai penulis yang memerhati dan menilai apa yang berlaku di negara ini.

Begitu juga Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie

Apdal yang akhirnya disingkir daripada parti dan kerajaan. Begitu juga tokoh veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dan pemimpin muda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Saya kongsi apa kata bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang semalam: “Terlalu mengutamak­an Presiden, takut berkata benar antara punca UMNO serta BN tewas. Semua pihak takut berkata benar dan Presiden tidak mahu mendengar kebenaran.

“UMNO leka dan terpesong daripada perjuangan sebenar iaitu memperjuan­gkan hak rakyat. UMNO memilih untuk tidak mempedulik­an keluh kesah rakyat.”

Pengundi dan rakyat tidak akan berdiam diri atau mengizinka­n kerajaan yang ada sekarang beraja di hati dan bersultan di mata.

Kerajaan dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) akan sentiasa dipantau. Jangan berbuat sesuka hati atau sewenang-wenangnya.

Bak kata Dr Mahathir di Langkawi semalam: “Pimpinan PH boleh dijatuhkan jika tidak memegang amanah rakyat ketika mentadbir kerajaan.

“Buatlah laporan jika saya menipu dan tidak amanah dengan bukti yang cukup supaya saya dijatuhkan dari jawatan Perdana Menteri.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia