Berita Harian

Kaji pinda atau mansuh Akta MKN

Kerajaan terdahulu banyak guna undang-undang sekat kebebasan rakyat: PM

- Oleh Hifzuddin Ikhsan, Petah Wazzan Iskandar dan Hamzah Osman

Akta Majlis Keselamata­n Negara (MKN) 2016 menjadi antara undang-undang yang sedang dikaji untuk dipinda atau dimansuhka­n kerana banyak daripadany­a yang menekan rakyat, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, kajian itu perlu dibuat berikutan kerajaan terdahulu menggunaka­n banyak undang-undang untuk menyekat kebebasan rakyat.

“Undang-undang dulu banyak menekan... tidak memberi kebebasan bersuara, kebebasan akhbar dan kebebasan untuk bertindak.

Pinda ikut keperluan

“Kita kena pinda banyak undangunda­ng mengikut keperluan. Masa dulu undang-undang tidak berpihak kepada parti lawan... Macammacam­lah tetapi kita (kerajaan) tidak akan sekat parti lawan (Barisan Nasional).

“Mereka nak buat apa pun buatlah. Kita kena pinda undang- undang mengikut keperluan,” katanya selepas meninjau persiapan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi di Kuah, di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu bahawa Akta MKN 2016 sedang dinilai kerana ia amat berguna tetapi perlu dikemas kini supaya tidak menjadi alat untuk memberi tekanan kepada pegawai untuk menyokong parti politik.

Tindakan terbabit dikatakan berlawanan pendirian Pakatan Harapan (PH) yang pernah berjanji untuk menghapusk­an akta terbabit pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu sekiranya berjaya menguasai Putrajaya.

Selepas PH berjaya membentuk kerajaan, Dr Mahathir yang juga Pengerusi PH mengumumka­n penubuhan satu jawatankua­sa khas seiring dengan manifesto mereka yang akan menghapusk­an undangunda­ng yang dilihat menindas rakyat.

Antara akta yang akan dikaji adalah Akta Antiberita Tidak Benar 2018, Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta MKN 2016.

Undang-undang dulu banyak menekan... tidak memberi kebebasan bersuara, kebebasan akhbar dan kebebasan untuk bertindak” Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

 ?? [FOTO AMRAN HAMID/BH] ?? Dr Mahathir meninjau persiapan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi dan DUN Kuah di Langkawi City, Kuah, semalam.
[FOTO AMRAN HAMID/BH] Dr Mahathir meninjau persiapan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi dan DUN Kuah di Langkawi City, Kuah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia