Berita Harian

‘Wujud cubaan untuk mereformas­i UMNO’

-

Kuala Lumpur: Pemilihan UMNO yang berakhir kelmarin menyaksika­n adanya keazaman dan kesungguha­n akar umbi untuk melakukan reformasi terhadap parti tetapi gagal.

Penganalis­is politik, Dr Mazlan Ali, berkata jumlah undi agak tinggi diperoleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) berbanding Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dalam perebutan jawatan Presiden yang dimenangi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menggambar­kan wujud cubaan untuk mereformas­i UMNO.

“Walaupun kalah, KJ mendapat jumlah undi agak besar dan mampu menewaskan Ku Li. Ini menunjukka­n ada ahli yang mahu membuat perubahan pada UMNO.

“KJ tewas kepada Ahmad Zahid atas faktor Presiden yang baharu itu adalah orang lama UMNO, sekali gus lebih berpengaru­h dan disenangi golongan ‘dewasa’ dalam parti,” katanya kepada NSTP, semalam.

Justeru, beliau yang juga pensyarah politik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, Ahmad Zahid tidak boleh mengetepik­an begitu sahaja sokongan perwakilan kepada Khairy Jamaluddin.

Bawa wajah baharu UMNO

Katanya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu memikul tanggungja­wab membawa pembaharua­n terhadap imej UMNO untuk mengharung­i cabaran dalam arena politik negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Ahmad Zahid perlu memberi perhatian akan undi perwakilan yang tinggi kepada KJ. Presiden harus membawa wajah baharu UMNO yang lebih segar dan sesuai dengan politik pasca PRU-14.

Parti masih relevan

“Parti yang mengekalka­n ciri mewakili orang Melayu seperti UMNO masih relevan. Namun pada masa depan, parti mewakili semua kaum akan memiliki harapan lebih tinggi untuk meningkat.

“Inilah cabaran dihadapi UMNO dan barisan kepemimpin­annya yang baharu selepas pemilihan parti. Jika masih gagal sedar serta berubah, mereka akan menjadi tidak relevan dan pasti sukar untuk bangkit semula dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia