Berita Harian

Pendakwah perlu elak sentimen asabiyah

-

Kuala Lumpur: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengingatk­an pendakwah supaya mengelak daripada mewujudkan jurang sesama manusia dalam usaha mengembang­kan agama Islam di negara ini.

Beliau berkata ini kerana orang lain tidak akan tertarik kepada keindahan Islam jika pendakwah sendiri keliru di antara perjuangan memurnikan akidah dengan sentimen asabiyah.

“Kepetahan bercakap sahaja tidak akan menjadikan dakwah kita berkesan jika akhlak kita tidak menunjukka­n teladan yang baik,” katanya dalam ucapan ketika menghadiri Majlis Hari Raya Harmoni 2018 anjuran Gabungan Dakwah Malaysia di sini semalam.

Dr Wan Azizah berkata pendakwah juga digalakkan menggunaka­n kata-kata hikmah yang baik dan menganggap risalah yang disampaika­n sebagai peringatan untuk diri sendiri.

“Jangan pula dalam kita menyampaik­an risalah Islam kita hanya menyangka orang lain yang perlu diberi peringatan, tetapi lupa mengingatk­an diri kita,” katanya.

Ikuti ajaran Rasulullah

Dr Wan Azizah turut mengingatk­an umat Islam agar mengikuti ajaran Islam daripada Rasulullah SAW dan bukan sekadar Islam pada ritual serta adat kumpulan atau bangsa tertentu.

Sementara itu, pada majlis sama turut disampaika­n kerusi roda kepada beberapa saudara baharu yang memerlukan bantuan itu.

Kira-kira 5,000 tetamu hadir di majlis berkenaan.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Dr Wan Azizah pada majlis sambutan Aidilfitri Harmoni 2018 di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO BERNAMA] Dr Wan Azizah pada majlis sambutan Aidilfitri Harmoni 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia