Berita Harian

2 bot nelayan asing ditahan

Guna nombor pendaftara­n palsu untuk kaburi mata pihak berkuasa

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof

Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua bot nelayan asing yang menggunaka­n nombor pendaftara­n seakan bot tempatan dipercayai bagi mengaburi mata pihak berkuasa, kelmarin.

Pemangku Ketua Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Zulfadli Nayan, berkata bot berkenaan ditahan di kedudukan 30 batu nautika Timur kuala Tanjung Sedili, antara jam 3.40 petang hingga 4.20 petang.

Ketika ditahan bot berkenaan sedang beroperasi menangkap ikan menggunaka­n pukat tunda. Turut ditahan 46 anak kapal termasuk dua tekong berusia antara 17 hingga 51 tahun yang kesemuanya warga Vietnam. Mereka mempunyai pasport dan kad pengenalan masingmasi­ng.

“Hasil pemeriksaa­n, kami menemui satu dokumen pendaftara­n bot nelayan tempatan dan satu dokumen pendaftara­n bot Vietnam pada satu daripada dua bot berkenaan.

Jumlah rampasan RM8J

“Jumlah rampasan kedua-dua bot serta hasil tangkapan laut, diesel dan peralatan menangkap ikan dianggarka­n RM8 juta,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mohd Zulfadli berkata, keduadua tekong bot gagal mengemukak­an dokumen bagi aktiviti penangkapa­n ikan.

Kedua-dua bot itu dibawa ke Jeti Zon Maritim Tanjung Sedili dan kes disiasat mengikut Seksyen 14, 15 dan 16 Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh serta menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran.

Jika disabitkan kesalahan, setiap tekong boleh didenda RM1 juta, manakala anak kapal boleh didenda RM100,000 setiap seorang atau penjara sehingga dua tahun dan dilucutkan hak ke atas bot berkenaan

Maritim Malaysia juga sudah mendapatka­n perintah tahanan reman 14 hari bermula semalam ke atas semua 46 anak kapal dan tekong.

Penahanan itu adalah yang keenam dan antara terbesar dilakukan Maritim Malaysia di Zon Maritim Tanjung Sedili pada tahun ini membabitka­n bot nelayan asing.

 ?? [FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] ?? Dua bot nelayan asing ditahan pasukan Maritim Malaysia di 30 batu nautika Timur dari kuala Tanjung Sedili, kelmarin.
[FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] Dua bot nelayan asing ditahan pasukan Maritim Malaysia di 30 batu nautika Timur dari kuala Tanjung Sedili, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia