Berita Harian

Kane semat azam besar

Kapten England mahu tamatkan badi 12 tahun

-

Kapten England, Harry Kane bertekad untuk membantu pasukan itu menamatkan badi selama 12 tahun dalam saingan pusingan kalah mati Piala Dunia menjelang pertembung­an dengan Colombia awal pagi Rabu ini.

England yang kini dibimbing Gareth Southgate tidak pernah memenangi perlawanan kalah mati sejak 2006.

Namun, Kane yang kini dalam mendahului saingan merebut anugerah Kasut Emas percaya skuad muda The Three Lions mampu membuka era baharu buat pasukan itu selepas beberapa tahun mengalami kegagalan. “Ini adalah detiknya. Colombia sebuah pasukan yang kuat dan memiliki beberapa pemain hebat dan kami perlu bersedia untuk menghadapi mereka.

Alli yakin ke suku akhir

“Kami bermula dengan baik namun kini ia sudah menjadi kejohanan yang baru. Kamu perlu fokus untuk mencatat kemenangan.

“Inilah sebabnya kamu bekerja keras selama ini. Ini sebabnya kami bekerja memperbaik­i permainan secara teknikal dan taktikal iaitu bagi menghadapi perlawanan besar seperti ini.

“Tekanan kini lebih kepada kami tetapi adalah penting untuk kami kekal tenang dalam situasi ini. Menikmati perlawanan sebaiknya,” kata Kane.

Sementara itu, rakan sepasukan Kane di England dan Tottenham Hotspur, Dele Alli menegaskan The Three Lions mampu mara ke suku akhir biarpun aksi terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

England tewas dalam enam daripada tujuh penentuan penalti sebelum ini.

“Kami sudah menjalani latihan yang banyak di padang. Semua orang mengambil tidak hanya kepada siapa yang mengambil penalti. Kami perlu bersedia dengan segala kemungkina­n,” kata Alli.

 ??  ?? Harry Kane dan rakan sepasukan ketika sesi latihan di St Petersburg, kelmarin.
Harry Kane dan rakan sepasukan ketika sesi latihan di St Petersburg, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia