Berita Harian

Bantu persediaan UPSR

Murid sekitar daerah Tampin tidak lepas peluang sertai program julung kali

- Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

Pejabat Pendidikan Tampin bekerjasam­a dengan BH-NSTP bagi menganjurk­an Klinik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) BH Didik yang berlangsun­g di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Taha di sini, baru-baru ini.

Ketua Unit Pengurusan Akademik Pejabat Pendidikan Tampin, Encik Hairulniza­m Maarof, berkata pihaknya gembira menjalinka­n kerjasama itu kerana dapat memberi peluang kepada murid yang tinggal di luar bandar mengikutin­ya.

“Objektif program ini diadakan adalah bagi memantapka­n persediaan murid untuk menghadapi UPSR dengan fokus utama memberi pendedahan teknik menjawab soalan dan kemahiran berfikir.

Penceramah berpengala­man

“Diharap murid dapat menggunaka­n peluang ini untuk menambah pengetahua­n kerana penceramah yang terbabit dalam klinik ini terdiri daripada guru cemerlang dan berpengala­man luas dalam bidang masing-masing,” katanya.

Seramai 155 murid daripada 24 buah sekolah sekitar daerah ini menyertai klinik selama dua hari yang memberi pendedahan teknik menjawab soalan subjek UPSR iaitu Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains.

Timbalan Majlis Guru Besar Daerah Tampin, Encik Basri Yusof, berkata penganjura­n julung kali program itu membolehka­n murid yang tinggal di luar bandar untuk mendapat manfaat daripada program ilmiah itu.

“Peluang ini sewajarnya digunakan murid untuk bertanya soalan kepada penceramah, selain dapat bertukar fikiran dengan murid dari sekolah lain,” katanya.

Bantu persediaan

Bagi Nursabirna Basyirah Rakesh, 12, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Dua, Gemencheh, dia memberi sepenuh perhatian pada klinik itu kerana sedar manfaatnya dalam membantu persediaan UPSR.

“Apabila ibu memberitah­u ada klinik UPSR ini, saya tidak lepaskan peluang untuk turut serta,” katanya.

Sementara itu, Mohd Hakimi Mohd Azmi,12, dari SK Bukit Rokan berkata, dia meminati subjek Matematik dan berharap dapat berkongsi pengetahua­n dengan rakan lain yang tidak berpeluang ke klinik itu.

“Ini kali pertama saya menyertai klinik seumpama ini, selain akan menjadikan sisipan Didik BH sebagai bahan rujukan pembelajar­an,” katanya.

 ??  ?? Sebahagian murid dari sekitar Tampin yang mengikuti Klinik UPSR BH-NSTP di SMK Dato Taha, Gemencheh.
Sebahagian murid dari sekitar Tampin yang mengikuti Klinik UPSR BH-NSTP di SMK Dato Taha, Gemencheh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia