Berita Harian

LEBIH SETAHUN SENDIRIAN

Emma Maembong sahkan hubungan dengan Kamal Adli sudah lama berakhir

- Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed rajamawar@bh.com.my

Segala usaha sudah dilakukan untuk memulihkan hubungan cinta yang tampak bagai kian pudar, namun ‘halangan’ umpama memberi petanda, mereka hanya ditakdirka­n sebagai kawan baik, bukan teman sehidup semati.

Awalnya, aktres kacukan Melayuscot­land, Emma Maembong, 26, masih menyimpan harapan agar kasih disemai selama empat tahun menemui titik noktah yang manis, namun janji hanya sekadar janji. Jalinan cinta bersama aktor,

Kamal Adli, 32, bagaikan tergantung di awangan, tanpa ada hala yang tuju.

Secara jujur, ruang hati pemilik nama penuh Fatimah Rohani Ismail sudah setahun setengah kekosongan selepas mengumumka­n hubungan cintanya dengan Kamal terlerai pada Oktober tahun lalu. Krisis perhubunga­n nan berpanjang­an dikatakan tidak lagi mampu menyelamat­kan jalinan cinta dua pelakon ini.

“Ya, sudah hampir satu setengah tahun saya bersendiri, belum ketemu si pematah hati (ketawa). Ramai yang beranggapa­n saya kembali menyambung cinta dengan Kamal, tetapi sebenarnya tidak.

“Saya akui, saya dan Kamal pernah berusaha dan memperbaik­i segala kesilapan dalam tempoh terbabit. Kami buat apa yang sepatutnya untuk menyelamat­kan hubungan, tetapi ada saja halangan yang terus merintangi­nya.

“Kesudahann­ya, lebih elok kami berkawan baik saja. Kami menyokong usaha antara satu sama lain. Namun, jika ditakdirka­n bertemu jodoh, kami boleh saja akhiri persahabat­an dengan perkahwina­n.”

Berjumpa pada raya ketiga

Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah

Bintang Popular BH Ke29 (ABPBH29) itu berkata, dia masih berhubung dengan Kamal, malah ‘teman tapi mesra’ itu sempat mengunjung­inya ketika Syawal lalu di Kuala Terengganu.

“Kamal datang ke Kuala Terengganu pada raya ketiga. Kebetulan saya meraikan ulang tahun

Sudah hampir satu setengah tahun saya bersendiri, belum ketemu si pematah hati (ketawa). Ramai yang beranggapa­n saya kembali menyambung cinta dengan Kamal, tetapi sebenarnya tidak

rakan kongsi perniagaan, jadi Kamal turut serta.

“Kami hanya bertemu di luar. Kamal tidak datang bertemu keluarga saya di rumah. Kami berborak dan main bunga api bersama, seperti tiada apa yang berlaku.

“Sebab itulah, saya katakan kami lebih selesa berkawan, berbanding menjalinka­n cinta,” katanya. Tidak perlu bermusuh

Gadis yang melonjak nama menerusi drama Projek Memikat Suami, Jodoh Sebelah Pintu dan Tersuka Tanpa Sengaja itu berkata, dia tidak pernah menyimpan dendam pada mana-mana bekas kekasih selepas cinta terlerai di tengah jalan.

“Saya tidak suka bermusuh. Mungkin ada sesetengah peminat pelik dengan sikap saya yang masih berbaik dengan bekas kekasih. Saya masih berbaik dengan Kamal, Zizan Razak mahupun seorang lagi jejaka yang pernah hadir dalam hidup saya. Bagi saya, apapun yang terjadi, mereka adalah insan yang pernah memberi kebahagiaa­n dan kemanisan dalam hidup.

“Dulu, saya marah pada Zizan hingga pernah terlepas kenyataan yang tidak sepatutnya. Jauh di sudut hati, saya terkilan ‘terlepas cakap’ ketika hati sedang membara.

“Apabila direnung semula, masing-masing ada silap sendiri, jadi tidak perlulah bermusuh hingga akhir hayat. Saya tidak mahu membenci insan yang pernah hadir dalam hidup saya.

“Tiga jejaka yang hadir dalam hidup saya ini menjagadan­melayan saya dengan baik ketika kami berkawan. Cuma takdir menentukan kami tiada jodoh,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia