Berita Harian

SATU KELOMPOK MAHU ANWAR, SATU LAGI PILIH WAN AZIZAH

-

Shah Alam: PAS dan UMNO wajar melakukan ‘ujian’ penerimaan orang Melayu terhadap kerjasama kedua-dua parti pada Pilihanray­a Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis dengan meletakkan hanya seorang calon.

Bekas Setiausaha PAS Selangor, Norman Toha, berkata kerjasama antara kedua-dua parti itu wajar kerana 70 peratus pengundi di DUN Sungai Kandis adalah Melayu.

Katanya, ia juga ‘pentas’ terbaik untuk menguji sokongan pengundi Melayu kepada kemungkina­n untuk UMNO dan PAS membentuk kerjasama selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Sungai Kandis kubu kuat PKR namun mereka (UMNO dan PAS) boleh cuba untuk meletakkan seorang calon sahaja,” katanya kepada NSTP di sini, semalam.

Timbang syor bekerjasam­a

Norman berkata, dalam keadaan UMNO dan PAS lemah selepas PRU-14, cadangan untuk bekerjasam­a perlu dipertimba­ngkan oleh kepemimpin­an kedua-dua parti terbabit.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, secara peribadi mencadangk­an parti itu membentuk kerjasama dengan UMNO bagi menghadapi PRK DUN Sungai Kandis.

Roslan Shahir berpendapa­t kerjasama itu antara pilihan terbaik untuk menguatkan suara pembangkan­g serta mengimbang­i kekuatan Pakatan Harapan (PH).

Pada 2016, Pengarah Pusat Penyelidik­an PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki pernah mencadangk­an parti itu membentuk kerjasama dengan UMNO bagi menghadapi PRU-14 dengan alasan mengukuhka­n suara Islam.

Selain itu, Majlis Syura PAS turut bersetuju untuk meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketakwaan demi memperkuku­hkan Islam dan perjuangan­nya.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong selepas penyandang­nya, Mat Shuhaimi Shafiei meninggal dunia akibat kanser limfoma, Isnin lalu.

Pada PRU-14, Mat Shuhaimi memenangi kerusi DUN Sungai Kandis selepas memperoleh 23,998 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Kamaruzzam­an Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).

Dalam keadaan UMNO dan PAS lemah selepas PRU-14, cadangan untuk bekerjasam­a perlu dipertimba­ngkan oleh kepemimpin­an kedua-dua parti” Norman Toha, Bekas Setiausaha PAS Selangor

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia