Berita Harian

PENGADIL FAM MAUT RUMAH TERBAKAR

Mangsa melecur 70 peratus meninggal dunia ketika dirawat

- Oleh Nazri Abu Bakar

Pengadil bola sepak yang berdaftar dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Azham Zahim, 31, maut akibat terperangk­ap dalam kebakaran di rumahnya di Taman Desa Idaman 3, Durian Tunggal, di sini, awal pagi semalam.

Azham disahkan meninggal dunia ketika mendapatka­n rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka, pada jam 4.20 pagi.

Pegawai Perhubunga­n Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd Hafidzatul­lah Rashid, berkata sepasukan 11 anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Nazri Md Rais dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 2.45 pagi.

Bilik 100 peratus terbakar

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian anggota bomba mendapati kebakaran membabitka­n sebuah rumah teres dengan bahagian sebuah bilik terbakar 100 peratus, manakala ruang tamu pula 10 peratus.

“Anggota bomba berjaya menyelamat­kan seorang mangsa berusia 31 tahun yang didapati melecur 70 peratus pada bahagian anggota badan, sebelum operasi memadam kebakaran sepenuhnya tamat pada jam 5.16 pagi.

“Mangsa kemudianny­a dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA), Noor Azman Rahman, merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarha­m.

Katanya, Azham yang baru mendirikan rumah tangga awal tahun ini mula aktif sebagai pengadil bola sepak sejak tahun 2014, termasuk pengadil kebangsaan yang aktif dengan FAM.

“Antara tugasan beliau termasuk mengadili Piala Presiden, Piala Belia dan Futsal FAM.

Pengadil yang berdedikas­i

“Allahyarha­m juga seorang yang peramah, senang bergaul, rajin dalam latihan dan sangat berdedikas­i dalam bidang pengadilan yang diceburi.

“Sehubungan itu, semua perlawanan Liga Melaka pada Sabtu (hari ini) dan Ahad (esok) akan diadakan sesi bertafakur selama seminit untuk arwah, sebelum perlawanan bermula.

“Pihak MUSA juga akan mengadakan kutipan derma kilat pada perlawanan Liga Super membabitka­n Melaka United menentang Kedah di Stadium Hang Jebat pada Selasa ini (10 Julai), untuk disumbangk­an kepada keluarga Allahyarha­m,” katanya.

Jenazah Allahyarha­m dikebumika­n di kampungnya di Kuala Kangsar, Perak.

 ??  ??
 ?? [FOTO RASUL AZLI SAMAD/BH] ?? Keadaan rumah Azham (gambar kecil) yang terbakar dalam kejadian di Taman Desa Idaman 3, Durian Tunggal, awal pagi semalam.
[FOTO RASUL AZLI SAMAD/BH] Keadaan rumah Azham (gambar kecil) yang terbakar dalam kejadian di Taman Desa Idaman 3, Durian Tunggal, awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia