Berita Harian

‘Bukan balas dendam’

PEMBEKUAN AKAUN BANK BERKAITAN SIASATAN SKANDAL 1MDB Tun Dr Mahathir Mohamad tolak dakwaan pembekuan akaun bank oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai membalas dendam dan cabar mana-mana pihak yang tidak berpuas hati ambil tindakan mahkamah

-

Oleh Azura Abas, Syed Umar Ariff, Mohd Husni Mohd Noor dan

Mohd Iskandar Ibrahim

Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan kononnya pembekuan akaun bank berkaitan siasatan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) sebagai tindakan balas dendam.

Perdana Menteri berkata, individu atau mana-mana pihak yang dikenakan tindakan pembekuan akaun bank, boleh mengambil tindakan mahkamah jika tidak berpuas hati.

“Kita nak balas dendam apa? Apa yang dia (kerajaan terdahulu) buat dulu, lebih daripada itu. Kita tidak pernah mengadu. Semua kawan saya dihalau dan mereka tidak dibenarkan berkawan dengan saya.

“Pembekuan akaun bank mereka juga dilakukan, mana ada kita mengadu, kita tidak pernah mengadu. Ini kononnya tuduhan (beku akaun berkaitan 1MDB), apa nak tuduh? Dia boleh tuduhlah, dia salah. Kalau dia kata ini salah, bawa ke mahkamah,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, semalam.

Ulas dakwaan

Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas dakwaan segelintir pihak kononnya pembekuan akaun UMNO dan beberapa individu berkaitan siasatan 1MDB adalah tindakan berunsurka­n balas dendam.

Media sebelum ini melaporkan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa mempersoal­kan sama ada kerajaan berdendam dengan seluruh keluargany­a selepas akaun bank peribadi beliau dan anak lelakinya dibekukan.

Sebelum ini, Nooryana Najwa mendakwa akaun banknya dibekukan selepas membayar wang jaminan bekas Perdana Menteri itu.

Pasukan Petugas Khas 1MDB dalam kenyataan sebelum ini memaklumka­n Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah membekukan lebih 400 akaun bank termasuk parti politik dan beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung syarikat pelaburan strategik kerajaan itu.

 ??  ?? Dr Mahathir diwawancar­a Koresponde­n Kanan, Jamal Elshayyal dalam program Talk To Aljazeera.
Dr Mahathir diwawancar­a Koresponde­n Kanan, Jamal Elshayyal dalam program Talk To Aljazeera.
 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Dr Mahathir bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, semalam.
[FOTO BERNAMA] Dr Mahathir bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia