Berita Harian

NAJIB SAMAN SHUKRI, AMAR SINGH, TOMMY DAKWA PREJUDIS SIASATAN SKANDAL 1MDB

Tindak balas perundanga­n usaha tutup kritikan awam bekas PM terbabit skandal

-

Datuk Seri Najib Razak mengemukak­an saman sivil terhadap tiga penyiasat kanan yang mengendali­kan siasatan dana berbilion ringgit dalam syarikat 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Usahanya itu dilihat cuba menutup kritikan awam terhadap dakwaan bekas Perdana Menteri itu berperanan besar dalam kes terbabit.

Menerusi tindakan balas perundanga­n itu, Najib selaku plaintif menyaman tiga pegawai tertinggi yang terbabit dalam siasatan skandal 1MDB iaitu Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh dan Peguam Negara, Tommy Thomas yang dinamakan selaku defendan.

Bertindak secara prejudis

Menerusi tiga saman sivil yang difailkan pada 30 Jun lalu tetapi hanya ditunjukka­n kepada REUTERS Rabu lalu, peguam, Badrul Abdullah, yang mewakili Najib mendakwa ketiga-tiga individu terbabit bertindak secara prejudis terhadap anak guamnya sepanjang tempoh siasatan.

Badrul yang mengetuai satu daripada dua firma guaman mewakili Najib berkata, ia berdasarka­n kenyataan terdahulu yang dibuat oleh ketiga-tiga individu berkenaan.

“Kami memohon mahkamah memutuskan sama ada wujud konflik kepentinga­n dalam kalangan individu mengendali­kan kes ini,” katanya.

Badrul berkata, anak guamnya turut menuntut kos dan perintah lanjut serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Peguam Najib temui hakim

Peguam Najib dan peguam defendan dijadualka­n bertemu dengan dua hakim bagi prosiding pendengara­n sebelum perbicaraa­n secara berasingan pada 16 Julai ini.

Shukri dalam kenyataan media pada Mei lalu, mendakwa ditekan ketika mengendali­kan siasatan terhadap 1MDB pada 2015, manakala Amar Singh mengetuai pasukan polis yang membawa kepada penemuan barangan mewah bernilai antara RM900 juta hingga RM 1.1 bilion dari premis yang dikaitkan dengan keluarga Najib.

Rabu lalu, Thomas yang mengetuai pasukan pendakwaan mengemukak­an pertuduhan terhadap Najib dengan tiga tuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan salah guna kuasa membabitka­n wang berjumlah RM42 juta berhubung syarikat SRC Internatio­nal Sdn Bhd.

Pihak berkuasa juga membekukan ratusan akaun bank yang disyaki menerima wang daripada 1MDB.

Ketiga-tiga individu terbabit bertindak secara prejudis terhadap anak guam saya sepanjang tempoh siasatan berdasarka­n kenyataan terdahulu yang dibuat oleh mereka” Badrul Abdullah, Peguam

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia