Berita Harian

PENDEKATAN 3E BANTU PEMBELI MILIKI RUMAH SESUAI

Pusat sehenti dapatkan pelbagai maklumat berkaitan hartanah

- Oleh Petah Wazzan Iskandar dan Nor Farhani Che Ad cnews@nstp.com.my

Pameran Hartanah Myrumah 2018 meneruskan siri keduanya tahun ini dengan menawarkan beberapa projek hartanah menarik dalam lingkungan wilayah utara yang berlangsun­g selama tiga hari di Amanjaya Mall, di sini, bermula semalam hingga esok.

Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Seri Abdul Jalil Hamid, berkata pameran kediaman dan hartanah anjuran NSTP itu memasuki tahun ketiga dan meneruskan kunjungan ke Kedah buat kali kedua selepas kejayaan penganjura­n Myrumah 2017 di Aman Central, Alor Setar.

“Berdasarka­n rekod tahun lalu, Myrumah 2017 mencatatka­n kunjungan lebih 45,000 pelawat sepanjang empat siri yang dibuat iaitu di Balai Berita, Kuala Lumpur; The Curve, Damansara; Johor Bahru dan Alor Setar, Kedah dengan mencatatka­n sebanyak 68 unit rumah terjual membabitka­n nilai keseluruha­n RM27 juta. “Di siri ketiga iaitu di Alor Setar sahaja, Myrumah 2017 mencatatka­n kunjungan lebih 10,000 pelawat dengan kejayaan penjualan 15 unit rumah membabitka­n nilai jualan keseluruha­n melebihi RM4 juta,” katanya pada sidang media di Amanjaya Mall, di sini semalam.

Tawar harga lebih murah

Majlis pelancaran disempurna­kan Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n dan Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Tan Kok Yew.

Abdul Jalil berkata, pameran kali ini menawarkan pelbagai projek perumahan baharu sekitar kawasan selatan Kedah dengan keluasan yang lebih besar dan harga yang lebih murah berbanding di Seberang Prai atau Pulau Pinang.

Katanya, Myrumah bukan hanya platform yang menawarkan projek perumahan yang menarik, ianya juga sebagai pusat sehenti yang mampu menjawab segala persoalan pembeli berkaitan proses pembelian rumah atau hartanah.

“Kehadiran penceramah hartanah terkemuka tanah air untuk berkongsi ilmu pengetahua­n berkaitan pelbagai manfaat jangka panjang bagi para pembeli dan pelabur hartanah tempatan. Ini termasuk segala isu berkaitan pinjaman, gadai janji, insurans, pemeriksaa­n kredit dan banyak lagi,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga berasa bertuah apabila tiga pemaju hartanah yang menyertai Myrumah tahun lalu meneruskan kerjasama bagi pameran tahun ini iaitu Oriental Investment Berhad (IOB), OSK Properties Sdn Bhd dan SPNB Aspirasi Sdn Bhd.

Peroleh pelbagai manfaat

“Pengunjung diyakini dapat banyak manfaat daripada pengelolaa­n Myrumah tahun ini, sama ada dalam pembelian rumah keluarga yang diidamkan selama ini, atau dengan keuntungan daripada pelaburan hartanah, hasil informasi berguna yang bakal dikongsi oleh penceramah sepanjang tiga hari ini,” katanya.

Pameran hartanah Myrumah dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 masuk dan masuk adalah percuma.

Untuk mengikuti perkembang­an terbaru Myrumah boleh layari laman Facebook www.facebook.com/myrumahmpb.

 ??  ??
 ?? [FOTO SHARUL HAFIZ ZAM/BH] ?? Kok Yew (tujuh dari kanan) bersama Abdul Jalil (enam dari kanan) dan wakil pemaju hartanah yang menjayakan Pameran Hartanah Myrumah di Amanjaya Mall, semalam.
[FOTO SHARUL HAFIZ ZAM/BH] Kok Yew (tujuh dari kanan) bersama Abdul Jalil (enam dari kanan) dan wakil pemaju hartanah yang menjayakan Pameran Hartanah Myrumah di Amanjaya Mall, semalam.
 ??  ?? Kok Yew bersama Abdul Jalil dan Alfian (kanan) mendengar penerangan daripada Ketua Pegawai Operasi, OIB Marketing Sdn Bhd, Beh Suan Sim (dua dari kiri) ketika melawat Pameran Hartanah Myrumah di Amanjaya Mall, Alor Setar, semalam.
Kok Yew bersama Abdul Jalil dan Alfian (kanan) mendengar penerangan daripada Ketua Pegawai Operasi, OIB Marketing Sdn Bhd, Beh Suan Sim (dua dari kiri) ketika melawat Pameran Hartanah Myrumah di Amanjaya Mall, Alor Setar, semalam.
 ??  ??
 ??  ?? Pameran Hartanah Myrumah di Amanjaya Mall berlangsun­g dari semalam hingga esok.
Pameran Hartanah Myrumah di Amanjaya Mall berlangsun­g dari semalam hingga esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia