Berita Harian

KHAZANAH PERLU KEMBALI GIATKAN PEMILIKAN SAHAM BUMIPUTERA

PM dapati syarikat lakukan pelaburan, pemilikan pelik

- Oleh Azura Abas, Syed Umar Ariff, Mohd Husni Mohd Noor dan Mohd Iskandar Ibrahim cnews@nstp.com.my

Tun Dr Mahathir Mohamad mahu sayap pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) kembali kepada tujuan asal penubuhann­ya, iaitu meningkatk­an pemilikan saham Bumiputera.

Perdana Menteri berkata, beliau mendapati, Khazanah dilihat melakukan perkara (pelaburan dan pemilikan) pelik, termasuk terbabit dalam pemilikan perumahan dan mengambil alih syarikat.

“Penubuhan asal Khazanah pada awalnya adalah untuk membeli saham yang diperuntuk­kan kepada Bumiputera.

Kuasai pegangan saham

“Kebiasaann­ya Bumiputera mudah untuk menjual balik saham mereka kepada orang lain. Bagi menghalang mereka (Bumiputera) berbuat demikian, kerajaan tubuhkan Khazanah,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini, semalam.

Dr Mahathir berkata, beliau juga mendapati Khazanah turut menguasai pegangan saham mereka, sama ada ia membabitka­n saham Bumiputera atau tidak.

Perdana Menteri pada siri temu bual bersama laman web perniagaan, Investvine, baru-baru ini dilaporkan menyatakan, kerajaan akan menilai semula pemilikan saham Khazanah dalam beberapa syarikat bagi mengembali­kan semula peranan asal sayap pelaburan kerajaan itu.

Sementara itu, Dr Mahathir mengesahka­n jawatan Timbalan Menteri Pertahanan akan diisi oleh Senator.

Tak beri masalah

Katanya, ketiadaan jawatan itu buat masa ini tidak memberi sebarang masalah kepada Kabinet.

“Jawatan (Timbalan Menteri Pertahanan) itu ada, tetapi tidak dapat dilantik waktu itu kerana beliau bukan terdiri daripada wakil rakyat, beliau akan terdiri daripada bukan wakil rakyat.

“Untuk ini kita kena lantik beliau sebagai Senator dahulu, ini tidak memberi masalah kepada Kabinet kerana jika seseorang menteri tidak dapat hadir (mesyuarat Kabinet), beliau boleh meminta seorang ahli Kabinet lain untuk mewakiliny­a.

“Beliau tidak boleh minta seorang Timbalan Menteri (hadir mesyuarat Kabinet). Yang menjadi masalah apabila kita ada Persidanga­n Dewan (Rakyat) dan pada masa itu Timbalan Menteri berkenaan akan menjawab bagi pihak menteri,” katanya yang tidak mendedahka­n siapa yang bakal dilantik mengisi jawatan terbabit.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata beliau belum membuat keputusan mengenai siapa tiga individu yang akan dilantik sebagai Senator.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, beliau menyerahka­n sepenuhnya kepada Perdana Menteri berhubung pelantikan timbalanny­a.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Dr Mahathir pada sidang media selepas mempengeru­sikan Majlis Presiden Pakatan Harapan di Putrajaya, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Dr Mahathir pada sidang media selepas mempengeru­sikan Majlis Presiden Pakatan Harapan di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia