Berita Harian

Perdana Menteri tidak tahu di mana Jho Low

-

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui lokasi persembuny­ian ahli perniagaan yang sedang diburu berkaitan siasatan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), Low Taek Jhow atau Jho Low.

Perdana Menteri berkata, beliau tidak mengikuti perkembang­an membabitka­n Jho Low kerana ia adalah dalam bidang tugas pihak berkuasa.

“Saya tidak mengikuti perkembang­an perjalanan Jho Low. Saya tidak tahu di mana dia sekarang. Itu adalah tugas pihak berkuasa yang berurusan dengan semua masalah disebabkan 1MDB dan salah laku oleh kerajaan terdahulu,” katanya.

Jho Low didakwa lari ke Macau

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, semalam.

Media sebelum ini melaporkan polis mendapat maklumat bahawa Jho Low sudah melarikan diri ke Macau.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, beberapa hari lalu sepasukan pegawai polis dihantar ke Hong Kong bagi menjejaki Jho Low.

Sebelum ini, Jabatan Imigresen sudah membatalka­n pasport antarabang­sa Jho Low berkuat kuasa 15 Jun lalu.

Keputusan itu dibuat berikutan Jho Low diperlukan bagi membantu siasatan skandal syarikat 1MDB.

Saya tidak mengikuti perkembang­an perjalanan Jho Low. Saya tidak tahu di mana dia sekarang. Itu adalah tugas pihak berkuasa yang berurusan dengan semua masalah disebabkan 1MDB dan salah laku oleh kerajaan terdahulu” Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia