Berita Harian

Undang-undang tentukan nasib Najib: PM

Kerajaan PH pastikan wujud pengasinga­n kuasa antara badan perundanga­n, kehakiman, eksekutif

- Oleh Nazura Ngah

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak boleh mencampuri pendakwaan dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes pecah amanah dan rasuah.

Beliau berkata, antara janji manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu adalah kerajaan akan menghormat­i dan memastikan wujud pengasinga­n kuasa antara badan perundanga­n, kehakiman dan eksekutif.

Susulan itu, katanya, biar undang-undang yang menentukan sama ada Najib bersalah atau tidak bagi pertuduhan yang dikenakan terhadapny­a.

“Undang-undang yang akan menentukan (sama ada Najib bersalah atau tidak) dan jika Peguam Negara mendapati wujud bukti mencukupi terhadap tindakan jenayah, maka Peguam Negara yang akan membuat keputusan,” katanya pada sesi temu bual bersama

Rabu lalu, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, atas empat pertuduhan melakukan pecah amanah, jenayah dan rasuah wang berjumlah RM42 juta, membabitka­n syarikat SRC Internatio­nal Sdn Bhd.

Najib, 65, yang diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, membuat pengakuan itu sejurus empat pertuduhan terbabit diulangi terhadapny­a untuk direkodkan pengakuan dalam prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Sofian Abd Razak, pada jam 10.30 pagi.

Dakwaan itu berkait dengan dana didakwa dipindahka­n daripada bekas anak syarikat 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), SRC Internatio­nal ke akaun peribadi Najib.

Pada 2015, dilaporkan AS$4 bilion hilang daripada dana 1MDB dan hampir AS$700 juta didakwa dipindahka­n ke akaun Najib.

Nafi dakwaan

Najib dilapor menafikan dakwaan itu dan menyatakan wang itu adalah derma daripada keluarga diraja Arab Saudi yang kemudianny­a dipulangka­n semula.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, beliau kecewa kerana individu dikaitkan itu tidak menafikan pembabitan mereka dalam kes berkenaan, namun sehingga kini, tiada bukti terhadap peranan negara berkenaan.

“Jadi, kita tidak boleh menuduh Arab Saudi, kecuali sudah tentu ada bukti Arab Saudi cuba mencampuri politik Malaysia,” katanya.

Kerajaan pimpinan Dr Mahathir membuka semula siasatan dengan menubuhkan pasukan petugas khas untuk mengendali­kan dakwaan berkenaan.

Setakat ini, polis menyoal siasat beberapa ahli politik dan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor serta anak tirinya, Riza Aziz.

Pihak berkuasa juga membekukan beratus akaun bank dipercayai ada kaitan dengan 1MBD.

 ??  ?? Wakil Al Jazeera menemu bual Dr Mahathir, semalam.
Wakil Al Jazeera menemu bual Dr Mahathir, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia