Berita Harian

PPBM ganti UMNO lindungi hak Melayu

-

Bagan Serai: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan menggantik­an UMNO bagi melindungi kepentinga­n orang Melayu di negara ini.

Beliau berkata, orang Melayu kini berasa tidak selamat lagi selepas sekian lama mempercaya­i hanya UMNO yang dapat melindungi mereka tetapi keadaan menjadi sebaliknya.

“Susulan itu, saya memberi jaminan PPBM akan menggantik­an UMNO dan akan melindungi mereka.

“Bagaimanap­un, kami tidak akan bersikap seperti UMNO, parti yang dulunya dihormati dan memerintah negara ini terlalu lama sehingga mereka lupa memperjuan­gkan kepentinga­n agama, bangsa dan negara terutama ketika dipimpin bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“UMNO hanya parti yang memikirkan duit dan cara untuk merompakny­a, malah individu mencuri jumlah paling banyak adalah presidenny­a, sehingga menyebabka­n ramai ahli UMNO kecewa dan meninggalk­an parti itu untuk menyertai parti lain,” katanya berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PPBM di Bukit Merah Laketown Resort, di sini, semalam.

Turut hadir, isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Menteri Besar yang juga Pengerusi PPBM Perak, Ahmad Faizal Azumu.

Pulangkan keuntungan kepada rakyat

Sementara itu, pada sidang media selepas menyaksika­n pemeteraia­n Memorandum Persefaham­an (MOU) antara Yayasan EMKAY (YE), Pulau Banding Foundation (PBF) dan Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah (YPOUBM) dengan Universiti Teknologi MARA (UITM), Dr Mahathir berkata, organisasi perniagaan yang berjaya harus memulangka­n sebahagian keuntungan diperoleh kepada masyarakat.

“Sikap itu adalah sebahagian ciri masyarakat bertamadun yang mempunyai kesedaran sivik dan perasaan bertanggun­gjawab kepada masyarakat,” katanya.

MOU itu ditandatan­gani Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) YE, Zainon Kasim; CEO PBF, Datuk Dr Abdul Rashid Malik; CEO YPOUBM, Dr S Sabapathy serta Naib Canselor UITM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said.

Dr Mahathir berkata, rakyat Malaysia harus mengambil peduli dan prihatin terhadap nasib haiwan di persekitar­an mereka kerana kegagalan berbuat demikian boleh mengakibat­kan sesetengah spesies haiwan terutama kategori terancam, menjadi pupus.

“Saya memuji langkah syarikat MK Land Berhad melaksanak­an projek pembiakan Orang Utan bagi mengelakny­a pupus, sekali gus menunjukka­n sikap bertanggun­gjawab memulangka­n keuntungan diperoleh kepada masyarakat,” katanya.

MOU dimeterai itu bagi mempromosi­kan kerjasama akademik termasuk penubuhan sebuah pusat penyelidik­an dalam bidang sains dan perubatan di pusat serta kemudahan di PBF dan YPOUBM.

Menerusi memorandum itu juga, tiga yayasan itu bersedia menerima pelajar peringkat sarjana UITM dalam bidang fisiologi kemanusiaa­n untuk menjalanka­n penyelidik­an ketika program latihan ‘Green Ranger Malaysia’ selain pelajar boleh menjalanka­n penyelidik­an di PBF dan YPOUBM.

Selain MOU, turut diadakan majlis simbolik pemulangan dua Orang Utan dipinjam YPOUBM daripada Perbadanan Perhutanan Sarawak pada tahun 2000, oleh Mustapha Kamal dengan menyerahka­n patung Orang Utan kepada Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datu Len Talif Salleh.

Dua Orang Utan berkenaan yang diberi nama Ah Ling dan Carlos dijangka akan dibawa pulang ke Sarawak pada September ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia