Berita Harian

Siasatan 1MDB 50 peratus selesai: Mohd Shukri

Ketua Pesuruhjay­a SPRM jamin kes diselesai segera

-

Siasatan berhubung kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) sudah 50 peratus selesai, kata Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Beliau yang ditemui selepas istiadat mengangkat sumpah jawatan Ketua Pesuruhjay­a SPRM di Istana Negara di sini, semalam, berharap proses siasatan kes akan selesai dijalankan secepat mungkin.

“Saya bersyukur atas pelantikan ini dan ia amanah besar kepada saya untuk menjalanka­n tugas yang diberikan.

“Fokus saya ketika ini tetap menjalanka­n kes sekarang, iaitu berkaitan RM2.6 bilion. Doakan supaya kes ini diselesaik­an secepat mungkin,” katanya merujuk kepada RM2.6 billion yang dikatakan disalurkan ke akaun peribadi bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sebelum ini SPRM sudah memanggil tiga individu bagi memberi keterangan berhubung kes 1MDB iaitu Najib, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan anak tiri Najib, Riza Aziz.

Terdahulu, Mohd Shukri yang dilantik sebagai Ketua Pesuruhjay­a SPRM pada 18 Mei lalu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong Sultan Muhammad V, di Istana Negara.

Beliau menggantik­an Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang meminta ditamatkan kontrak perkhidmat­annya pada 14 Mei lalu berkuat kuasa serta-merta dan kembali bertugas di Pejabat Peguam Negara.

Berkhidmat 32 tahun

Mohd Shukri, 58, pernah berkhidmat selama 32 tahun bersama SPRM sebelum bersara awal pada 31 Julai 2016.

Jawatan terakhir beliau adalah Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM.

Mohd Shukri berpengala­man luas dalam kes siasatan jenayah, berkelulus­an Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarak­atan (Kepujian) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Yang turut hadir menyaksika­n istiadat pelantikan adalah Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Sultan Muhammad V mengurniak­an Watikah Pelantikan Ketua Pesuruhjay­a SPRM kepada Mohd Shukri di Istana Negara, semalam.
[FOTO BERNAMA] Sultan Muhammad V mengurniak­an Watikah Pelantikan Ketua Pesuruhjay­a SPRM kepada Mohd Shukri di Istana Negara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia