Berita Harian

PRESMA, PRISMA gesa teruskan penempatan semula PATI

-

Kuala Lumpur: Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Persatuan Pengusaha Restoran India (PRISMA), mahu kerajaan meneruskan semula Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja di negara ini.

Presiden PRESMA, Ayoob Khan Muhamad Yakub, berkata langkah itu menjimatka­n kos kerana ketika ini kerajaan membelanja­kan kira-kira RM5 juta sebulan untuk menanggung kos makanan PATI di depoh tahanan seluruh negara.

Beliau berkata, kos itu boleh dikurangka­n jika tahanan yang layak dibenarkan bekerja semula.

“Program penempatan semula atau ‘Rehiring’ yang diperkenal­kan kerajaan sebelum ini berakhir 30 Jun lalu dan kami berharap ia diteruskan.

Jimatkan kos majikan

“Ia turut menjimatka­n kos majikan kerana tidak perlu menggunaka­n ejen mencari pekerja asing dan lebih cepat ,” katanya selepas taklimat bersama Ahli Majlis Penasihat Kerajaan di ibu negara, semalam.

Mengulas isu sama, Presiden PRISMA, T Muthusamy, berkata masalah kekurangan pekerja menjejaska­n operasi hampir 15,000 restoran diusahakan ahlinya dan PRESMA di seluruh negara.

Katanya, pengusaha restoran berdepan masalah kekurangan hampir 40 peratus pekerja dan sukar cari pekerja tempatan.

Beliau berkata, mereka sentiasa membuka peluang dan mengalu-alukan pekerja tempatan yang berminat, selain bersetuju dengan cadangan kadar minimum gaji RM1,500 oleh Persekutua­n Majikan Malaysia (MEF).

“Ketika ini, gaji minimum pekerja restoran adalah RM1,000, namun jumlahnya akan dinaikkan berdasarka­n pengalaman dan kemahiran pekerja.

“Kita juga menggaji tukang masak tempatan pada gaji RM2,500 dan ketika ini hanya lima peratus adalah warga tempatan, manakala bakinya pekerja asing,” katanya.

Program Rehiring yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia bertujuan memberi permit kerja sah kepada PATI, bagi memenuhi sektor pekerjaan yang dibenarkan iaitu perkilanga­n, pembinaan, perladanga­n, pertanian dan perkhidmat­an.

Seramai 744,942 PATI dan 83,919 majikan berdaftar dalam program itu bagi tempoh 15 Februari 2016 hingga 28 Mei lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia