Berita Harian

Musa kena saman RM400 juta

-

Kota Kinabalu: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dinamakan dalam satu saman oleh penama, Zulkifli Kassim, dari Kampung Bobot, Kota Belud, berhubung dakwaan penyelewen­gan wang Yayasan Sabah.

Notis undang-undang yang diterbitka­n dalam akhbar tempatan kelmarin, menyatakan Zulkifli memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu terhadap Musa.

Zulkifli menuntut RM400 juta dengan faedah lapan peratus setahun, kos dan apa-apa perintah yang difikirkan perlu oleh mahkamah.

Sekiranya Musa ingin mempertaha­nkan tindakan itu, beliau mesti menjawab dalam tempoh 10 hari di Pejabat Pendaftar Mahkamah, di sini.

Musa kini dilaporkan berada di United Kingdom kerana mendapatka­n rawatan kesihatan.

Peguam Musa sahkan terima saman

Sementara itu, peguam Musa, Tengku Fuad Ahmad, berkata beliau sudah menerima saman berkenaan.

Dalam kenyataan kepada media semalam, Tengku Fuad berkata, writ difailkan terhadap Musa lebih bersifat politik untuk memalukan anak guamnya.

“Writ dua muka surat itu yang menuntut kira-kira RM400 juta daripada Tan Sri (Musa) jelas didorong oleh politik semata-mata Peguam dan direka untuk memalukan dan mengganggu klien saya. Selain itu ia tidak ada apa-apa isi (kandungan).

“Kota Kinabalu adalah bandar kecil dan semua orang tahu bahawa firma saya mewakili Musa. Saya tertanya-tanya mengapa plaintif memilih untuk menerbitka­n writ dalam akhbar?

Saman motif politik

“Adakah ini direka untuk memalukan klien saya? Saya juga mendapati writ itu seolah-olah telah digubal oleh seorang peguam. Siapa yang bersembuny­i di belakang plaintif,” katanya.

Bagaimanap­un, Tengku Fuad berkata, pihaknya akan mengambil tindakan seperti dike-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia