Berita Harian

PKR dalam dilema pilih calon presiden

Wujud kumpulan sokong Wan Azizah, satu kumpulan mahu Anwar

- Oleh Mohamed Basyir, Veena Babulal, Syanty Octavia Amry, Nor Ain Mohamed Radhi dan Ahmad Suhael Adnan cnews@nstp.com.my

PKR dilanda dilema menjelang pemilihann­ya pada Ogos ini apabila wujud dua kumpulan yang menyokong pencalonan ke jawatan presiden.

Satu pihak mahu Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dikekalkan manakala satu lagi mahukan Dr Wan Azizah berundur dan memberi laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai persediaan menggantik­an Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata pihak yang mahu Dr Wan Azizah kekal berdasarka­n rekod memimpin parti selama 20 tahun dan berjaya memperoleh 50 kerusi Parlimen pada Pilihanray­a Umum Ke-14, terbesar dalam Pakatan Harapan (PH).

“Rekodnya juga menunjukka­n kepemimpin­an yang menyumbang pada kemenangan. Parti politik perlu diukur dengan kejayaan serta kerusi dimenangi serta kedudukan dalam kerajaan dan beliau menyumbang kepada kejayaan itu.

“Ada juga kalangan dalaman parti berpendapa­t, jika Dr Wan Azizah sudah menyumbang kepada keadaan sedemikian serta pernah menjadi Ketua Pembangkan­g dan Timbalan Perdana Menteri wanita pertama, maka tiada lagi dorongan untuk beliau terus memimpin kerana sudah mencapai semuanya.

“Kumpulan akar umbi ini mahukan Datuk Seri Anwar (sebagai Presiden), mereka melihat lebih sesuai untuk beliau berbuat demikian (menjadi Perdana Menteri) sebagai presiden parti berbanding Ketua Umum,” katanya ketika ditemui Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Media Prima Berhad (MPB) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan media hari ini memetik Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin yang mahu Anwar bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti itu bulan depan.

Saifuddin berkata, perlembaga­an parti itu membenarka­n Dr Wan Azizah bertanding jawatan presiden untuk sepenggal lagi.

Debat sihat dalam PKR

Mengenai kewujudan dua kem itu, Saifuddin melihat ia adalah satu debat yang sihat dalam PKR dan tidak akan menyekat sebarang pertanding­an untuk mana-mana jawatan dalam pemilihan parti.

Berhubung kemungkina­n Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dilantik senator, Saifuddin berkata: “Kami (PH) belum sampai ke peringkat berbincang mengenai posisinya dan dia juga masih bergelut dengan 13 kes mahkamah.”

Dr Afif sebelum itu berkata sebagai parti dalam kerajaan, PKR perlu membuat persediaan untuk masa depan.

“Sekiranya (Datuk Seri) Anwar adalah calon (Perdana Menteri seterusnya), adalah mustahak bagi beliau bertanding jawatan Presiden PKR.

“Saya yakin ini akan disokong oleh ahli PKR dan akan membuat beliau kembali aktif dalam parti,” katanya.

Pemilihan PKR dijangka diadakan akhir bulan depan, manakala semua pencalonan bermula pada 29 Julai ini.

Pihak yang mahu Dr Wan Azizah kekal berdasarka­n rekod memimpin parti selama 20 tahun dan berjaya memperoleh 50 kerusi Parlimen pada Pilihanray­a Umum Ke-14, terbesar dalam Pakatan Harapan (PH). Rekodnya juga menunjukka­n kepemimpin­an yang menyumbang pada kemenangan. Parti politik perlu diukur dengan kejayaan serta kerusi yang dimenangi serta kedudukan dalam kerajaan dan beliau menyumbang kepada kejayaan itu” Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PKR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia