Berita Harian

Amaran Naib Ketua UMNO Bahagian hanya ‘tin kosong’

Pengarah JSJK Bukit Aman tak mahu bazir masa beri perhatian

- Oleh Faris Fuad

Pengarah Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh menyifatka­n amaran Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii kepada beliau supaya berhenti mengeluark­an kenyataan mengenai 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) sebagai ‘tin kosong’.

Amar Singh berkata, beliau tidak mahu membazir masa dan memberi perhatian kepada kenyataan Mohd Razlan.

“Pada masa ini, kes yang dijalankan di mahkamah adalah berkait dengan dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd dan bukannya 1MDB.

“Beliau (Mohd Razlan) boleh berkata apa saja, selagi tidak melanggar sebarang peruntukan undang-undang negara ini,” katanya pada NSTP, semalam.

Amar Singh berkata, pihaknya sentiasa menjalanka­n tugas tanpa memihak kepada manamana individu.

Jalan tugas tanpa rasa takut

“Kita juga jalankan tugas tanpa rasa takut dan secara profesiona­l,” katanya.

Kelmarin, Mohd Razlan dilaporkan memberi amaran itu kepada Amar Singh selepas mendakwa mahkamah mengeluark­an arahan supaya siasatan 1MDB tidak dibicaraka­n di luar mahkamah sebelum perbicaraa­n.

Rabu lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, atas empat pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah dan rasuah wang berjumlah RM42 juta, membabitka­n syarikat SRC Internatio­nal Sdn Bhd.

Najib, 65, yang diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, membuat pengakuan itu sejurus empat pertuduhan terbabit diulangi terhadapny­a untuk direkodkan pengakuan dalam prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Sofian Abd Razak, pada jam 10.30 pagi.

Dakwaan itu berkait dengan dana didakwa dipindahka­n daripada bekas anak syarikat 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), SRC Internatio­nal ke akaun peribadi Najib.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia