Berita Harian

Solat hajat doa kesejahter­aan Najib

-

Kuala Lumpur: Surau Ar-rahman Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam, mengadakan Solat Hajat sejurus selepas Solat Jumaat.

Diimamkan Datuk Shamsul Najmi Shamsudin, solat sunat itu khas bagi mendoakan kesejahter­aan dan keselamata­n Datuk Seri Najib Razak yang berdepan pelbagai kontrovers­i termasuk didakwa atas empat pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah dan rasuah wang berjumlah RM42 juta, membabitka­n syarikat SRC Internatio­nal Sdn Bhd.

Terdahulu, mantan Perdana Menteri itu yang memakai baju Melayu berwarna merah jambu bersama anak, Mohd Norashman dan menantunya, Daniyar Nazarbayev menyertai ratusan jemaah menunaikan Solat Jumaat.

Yang turut hadir, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Najib yang kelihatan tenang mengambil kesempatan beramah mesra dan bersalaman ketika sampai dan sewaktu pulang pada jam 2.15 petang.

Bersabar depani ujian

Dalam khutbahnya, Shamsul Najmi turut menasihati jemaah supaya bersabar dalam mendepani ujian termasuk kehilangan ahli keluarga dan rakan apabila ditimpa kontrovers­i.

Sementara itu, Ab Rauf ketika mengiringi Najib ke keretanya berkata, Ahli Parlimen Pekan itu kelihatan tabah biarpun berdepan ujian besar apabila didakwa atas kes pecah amanah itu.

Rabu lalu, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, atas empat pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah dan rasuah wang berjumlah RM42 juta, membabitka­n syarikat SRC Internatio­nal Sdn Bhd.

 ??  ?? Najib bersalaman dengan jemaah di pekarangan Surau Ar-rahman di PWTC, semalam.
Najib bersalaman dengan jemaah di pekarangan Surau Ar-rahman di PWTC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia