Berita Harian

Bekas PM nafi adakan mesyuarat MKN

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak menegaskan, tiada mesyuarat Majlis Keselamata­n Negara (MKN) diadakan pada malam 9 Mei lalu selepas Barisan Nasional (BN) kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bekas Perdana Menteri itu turut menyatakan pendiriann­ya sebagai demokrat dan yakin dengan kehendak rakyat.

“Saya seorang demokrat, saya percaya akan kehendak rakyat. Mereka mendakwa saya mengadakan mesyuarat MKN (tetapi) ia tidak berlaku.

“Anda boleh tanya semua ahli (MKN),” katanya dalam satu temubual ekslusif bersama portal Malaysiaki­ni, baru-baru ini.

Sebelum PRU-14, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad, sering mendakwa Najib tidak akan menyerahka­n kuasa dan mungkin memanggil MKN sekiranya kalah kerana takut ditangkap.

Memetik laporan REUTERS, Dr Mahathir berkata, pihaknya terkejut apabila memenangi PRU-14 kerana Najib menyedari kemungkina­n dipenjarak­an jika kalah pada pilihan raya itu.

“Saya fikir dia ada rancangan lain (pada PRU-14),” katanya.

Rabu lalu, Dr Mahathir mengucapka­n terima kasih kepada BN atas peralihan kuasa yang aman.

Tak mahu negara huru-hara

Najib memberitah­u tiada perancanga­n lain dan tidak mahu negara berada dalam keadaan huru-hara.

“Saya tidak mahu berlaku pertumpaha­n darah,” katanya sambil mendakwa kerajaan PH hanya ingin menganiaya­nya.

Bekas Perdana Menteri itu yakin tidak melakukan apa-apa kesalahan dan sedia menghadapi semua pertuduhan bagi membersihk­an namanya.

Ditanya perasaanny­a ketika keputusan PRU-14 diumumkan, Najib mengakui tenang menerima kekalahan itu.

“Saya sangka kami akan terkejut dan trauma, namun kami memutuskan menerima kehendak rakyat dan terus bergerak ke hadapan,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahka­n Najib menghubung­inya pada malam 9 Mei.

Mengulas perkara itu, Najib enggan mendedahka­n butir perbincang­an dan hanya mengatakan ia adalah perbualan peribadi.

“Beliau (Anwar) berterima kasih kerana saya melayannya dengan baik ketika menjalani hukumannya.

“Pada saat akhir beliau menjalani rawatan, saya benarkan beliau tinggal di pusat pemulihan khas yang sangat selesa.

“Kita hanya bertukar pendapat berhubung pemilihan yang berjalan, maka biarlah ia menjadi perbualan peribadi,” katanya.

Najib turut menjelaska­n sebab beliau tidak menyampaik­an ucapan pada malam keputusan PRU-14 lalu dan berubat demikian keesokan harinya.

“Saya tidak memberi ucapan pada malam 9 Mei kerana perlu sedikit masa untuk pulih.

“Tidak mudah bertemu petugas media pada malam yang sama, saya perlu tenangkan fikiran dan dapatkan keputusan akhir,” katanya.

Sementara itu, Najib menyokong kenyataan Yang di-pertuan Agong berhubung tiada parti memperoleh majoriti.

“Keesokan harinya, ucapan baginda adalah betul secara teknikal. Saya percaya baginda akan memutuskan yang terbaik untuk negara dan membenarka­n PH membentuk kerajaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia