Berita Harian

Galak syarikat swasta ceburi sektor hartanah

-

Sungai Petani: Kerajaan negeri menggalakk­an lebih banyak syarikat swasta terbabit dengan aktiviti pemasaran hartanah di Kedah dalam memastikan dasar satu keluarga satu rumah dapat dicapai.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n dan Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Tan Kok Yew, berkata melalui Perumahan dan Sistem Informasi Kedah sehingga 30 April lalu, sebanyak 50,610 permohonan direkodkan bagi rumah kos rendah di seluruh negeri dengan Kuala Muda mencatatka­n permohonan tertinggi iaitu sebanyak 14,543 permohonan dan diikuti Kota Setar sebanyak 11,480 permohonan.

“Kerajaan negeri juga sedang giat merancang dan akan membangunk­an hartanah dalam pelbagai bentuk membabitka­n sejumlah 9,662 unit demi memenuhi keperluan sebahagian rakyat untuk memiliki rumah sendiri.

Sokong usaha syarikat swasta

“Kami mengalu-alukan dan menyokong penuh usaha yang dijalankan oleh syarikat swasta bagi membantu memenuhi keperluan ini,” katanya ketika merasmikan Pameran Hartanah Myrumah anjuran The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di Amanjaya Mall di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pegawai Komersial (CCO) NSTP, Alfian Talib.

Kok Yew berkata, terdapat beberapa projek perumahan di negeri itu dibina namun tidak dapat dijual yang mungkin berpunca daripada pelbagai faktor seperti keperluan termasuk kekurangan dari segi pemasaran.

Kok Yew berkata, pameran yang sedang berlangsun­g selama tiga hari bermula semalam sehingga esok di Amanjaya Mall, adalah satu kaedah pemasaran hartanah yang mampu menarik pembeli berpotensi.

“Pameran seumpama ini memaparkan pelbagai projek di lokasi berlainan, sekali gus pembeli dapat melihat jenis pembanguna­n sama ada akan, sedang atau siap dibina untuk dijadikan pilihan mereka.

“Pembeli berpotensi dapat membuat pilihan mengikut keperluan dan kemampuan serta dapat berunding untuk untuk mendapatka­n rumah idaman mereka,” katanya.

Bantu dapatkan kediaman

Katanya, pendekatan 3E iaitu Education (pendidikan), Exhibition (pameran) dan Entertaime­nt (hiburan) mampu membantu pembeli mendapatka­n rumah yang sesuai.

“Ia bukan sekadar pameran tetapi turut menekankan aspek pendidikan tentang pembelian hartanah kerana kadang-kala rakyat kita tidak diberitahu perkara yang lebih menyeluruh untuk membeli rumah, jadi mereka sekadar tahu membeli sahaja,” katanya.

Pameran hartanah Myrumah NSTP 2018 bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan masuk adalah percuma.

Antara pemaju yang terbabit dalam pameran Myrumah 2018 di Sungai Petani minggu ini adalah Hunza Properties Bhd, Oriental Investment Bhd (OIB), OSK Properties Sdn Bhd, Plenitude Heights Sdn Bhd, Sepakat Mewah Sdn Bhd, SPNB Aspirasi Sdn Bhd dan UDA Land (North) Sdn Bhd manakala tiga bukan pemaju, iaitu Takaful Ikhlas Berhad, Amanah Raya Berhad dan Bank Muamalat.

Penceramah hartanah terkemuka tanah air untuk berkongsi ilmu pengetahua­n berkaitan pelbagai manfaat jangka panjang bagi pembeli dan pelabur hartanah tempatan” Abdul Jalil Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP Pameran seumpama ini memaparkan pelbagai projek di lokasi berlainan, pelbagai jenis dan pembanguna­n sekali gus pembeli dapat melihat jenis pembanguna­n sama ada akan, sedang atau siap dibina untuk dijadikan pilihan mereka”

 ??  ?? Amanjaya Mall, semalam.
Amanjaya Mall, semalam.
 ??  ?? Usahawan hartanah, Ahyat Ishak (kiri) berkongsi pelbagai pengalaman dan tip dengan pengunjung di
Usahawan hartanah, Ahyat Ishak (kiri) berkongsi pelbagai pengalaman dan tip dengan pengunjung di
 ??  ?? Eksekutif Komunikasi Pemasaran NSTP, Noor Ameeza Abu Bakar (kanan) memberi penerangan kepada pengunjung yang hadir pada Pameran Hartanah Myrumah.
Eksekutif Komunikasi Pemasaran NSTP, Noor Ameeza Abu Bakar (kanan) memberi penerangan kepada pengunjung yang hadir pada Pameran Hartanah Myrumah.
 ??  ?? Pengunjung hadir melihat pelbagai projek perumahan dengan tawaran menarik.
Pengunjung hadir melihat pelbagai projek perumahan dengan tawaran menarik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia