Berita Harian

Rumah Terbuka Media Prima Berhad meriah

Majlis tahunan turut dihadiri menteri, tetamu kenamaan

- Oleh Syanty Octavia Amry, Ahmad Suhael Adnan, Nor Ain Mohamed Radhi, Veena Babulal cnews@nstp.com.my

Lebih 5,000 tetamu hadir memeriahka­n Majlis Rumah Terbuka Media Prima Berhad (MPB) yang diadakan di sebuah hotel di ibu kota, semalam.

Majlis tahunan itu antara lain turut dihadiri pengurusan kanan MPB termasuk Pengerusi Kumpulan, Datuk Mohd Nasir Ahmad; Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Kamal Khalid dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Farnida Ngah.

Yang turut hadir, Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima (RTMP), Datuk Manja Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima (RRMP), Seelan Paul; Ketua Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak; Ketua Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali; Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studio, Datuk Ahmad Izham Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif Big Tree Outdoor Sdn Bhd, Shukor Ariffin.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Seri Abdul Jalil Hamid; Ketua Pengarang NSTP, Datuk Yushaimi Maulud Yahaya; Ketua Pegawai Komersial (CCO) NSTP, Alfian Talib dan Pengarang Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an.

Lapan gerai, pelbagai aktiviti

Pada majlis itu, lapan gerai di bawah MPB dibuka kepada tetamu dan pelbagai aktiviti disediakan.

Antara gerai disediakan ialah Hijab & Heels, CJ Wow Shop, Tonton dan gerai rangkaian radio MPB.

Majlis juga dihadiri beberapa kenamaan dan menteri termasuk Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution; Menteri Industri Utama, Teresa Kok dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prolintas, Datuk Mohammad Azlan Abdullah; Pengarah Urusan Habib, Datuk Seri Meer Sadik Habib dan Pengarah Kreatif Lord’s Tailor, Kenny Loh.

Majlis berakhir jam 8 malam itu dibanjiri tetamu jemputan dan rakan artis lama serta baharu, antaranya Amar Baharin, Amyra Rosli, Bella Daly, Remy Ishak, Faezah Elai, Aishah Azman dan Faizal Tahir.

 ?? [FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] ?? Dari kiri, Kamal, Amirudin, Mohd Nasir dan Abdul Jalil pada Majlis Rumah Terbuka MPB, di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] Dari kiri, Kamal, Amirudin, Mohd Nasir dan Abdul Jalil pada Majlis Rumah Terbuka MPB, di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ?? Dari kiri, Mohd Nasir, Saifuddin, Teresa dan Kamal pada Majlis Rumah Terbuka MPB di Kuala Lumpur, semalam.
Dari kiri, Mohd Nasir, Saifuddin, Teresa dan Kamal pada Majlis Rumah Terbuka MPB di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ?? Yushaimi, Ahmad Zaini beramah mesra dengan Meer Sadik (kiri), Mohammad Azlan dan Loh (kanan).
Yushaimi, Ahmad Zaini beramah mesra dengan Meer Sadik (kiri), Mohammad Azlan dan Loh (kanan).
 ??  ?? Pelbagai hidangan enak disediakan kepada tetamu.
Pelbagai hidangan enak disediakan kepada tetamu.
 ??  ?? Lebih 5,000 tetamu meriahkan Majlis Rumah Terbuka MPB.
Lebih 5,000 tetamu meriahkan Majlis Rumah Terbuka MPB.
 ??  ?? Pengurus Besar Panasonic Malaysia, Chew Keng Heng diraikan Pengurus Kanan Pengiklana­n (Agensi) NSTP, Norhayati Idris (kiri).
Pengurus Besar Panasonic Malaysia, Chew Keng Heng diraikan Pengurus Kanan Pengiklana­n (Agensi) NSTP, Norhayati Idris (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia