Berita Harian

70 peratus harga barang turun sejak GST sifar

Kementeria­n buat tinjauan 1,688 premis seluruh negara

- Oleh Veena Babulal, Syanty Octavia Amry, Nor Ain Mohamed Radhi dan Ahmad Suhael Adnan cnews@nstp.com.m

Hampir 70 peratus barangan keperluan menyaksika­n penurunan harga sejak kerajaan melaksanak­an Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) pada kadar sifar bermula 1 Jun lalu.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata penurunan itu dikesan berdasarka­n tinjauan kementeria­nnya antara 1 Jun hingga 30 Jun lalu.

Katanya, tinjauan membabitka­n 417 barangan basah, kering, keperluan bayi dan barangan lain di 1,688 premis seluruh negara itu, mendapati berlaku penurunan harga antara 0.04 peratus hingga 13 peratus.

Aduan orang ramai

Baki 30 peratus daripada 417 barangan itu pula, Saifuddin berkata, sama ada harganya kekal atau berlaku peningkata­n.

“Aduan orang ramai mengenai kenaikan harga barangan pula meningkat dengan mendadak selepas pelaksanaa­n GST berkadar sifar berbanding pada Mei.

“Bila dicerakink­an aduan itu, saya dapati 50 peratus daripadany­a tertumpu pada kenaikan atau pengekalan harga di kedai makan dan minum seperti restoran, warung dan kafeteria.

“Saya baru menerima aduan itu semalam dan akan menelitiny­a, selain sudah mengarahka­n pegawai memetakan lokasi 1,688 premis yang ditinjau untuk memastikan kesan aduan dan langkah kementeria­n mengurangk­an harga barang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Media Prima Berhad (MPB) di sini, semalam.

Ditanya sama ada beliau akan mengekalka­n inisiatif kerajaan terdahulu seperti Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M 2.0), Saifuddin berkata, akan membuat keputusan sama ada meneruskan, menangguh atau menjenamak­an semula selepas meneliti laporan pegawainya.

Inisiatif KR1M 2.0

Beliau juga tidak menolak kemungkina­n mengembang­kan inisiatif KR1M 2.0 supaya lebih lebih kemas, cekap dan tersusun.

“Kedai ini satu keperluan dan ianya sudah pun wujud, namun teliti dahulu kerana 52 premis KR1M 2.0 ini letaknya bukan di seluruh negara, tapi tertumpu di dua, tiga negeri saja serta hanya membabitka­n dua syarikat pelaksana,” katanya.

Tinjauan mendapati berlaku penurunan harga antara 0.04 peratus hingga 13 peratus” Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia