Berita Harian

Nilai tawaran ambil alih SPLASH sudah ditetapkan

Kerajaan negeri tunggu perbincang­an dua pihak

- Oleh Veena Babulal; Syanty Octavia Amry; Nor Ain Mohamed Radhi dan Ahmad Suhael Adnan cnews@nstp.com.my

Kerajaan Selangor sudah menetapkan nilai yang akan dikemukaka­n untuk tawaran pengambila­lihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH), bagi menyelesai­kan penstruktu­ran air negeri itu.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berkata kerajaan negeri sedang menunggu perbincang­an antara pegawainya serta pihak berkaitan selesai, sebelum membuat tawaran pengambila­lihan berkenaan.

Tunggu hasil perbincang­an

“Ketika ini, perbincang­an antara pegawai dengan pihak berkaitan sedang dilakukan dan kita akan selesaikan (pengambila­lihan SPLASH) selepas perbincang­an itu.

“Nilainya (pengambila­lihan) sudah ada tetapi saya tidak boleh umumkan lagi buat masa ini,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Media Prima Berhad (MPB) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai isu pengambila­lihan SPLASH yang menjadi antara faktor penstruktu­ran air Selangor tertangguh dan masih belum dapat diselesaik­an hingga kini.

Sebelum ini, bekas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, mendakwa penangguha­n beberapa kali pengambila­lihan SPLASH berpunca daripada kegagalan Kerajaan Selangor mengemukak­an tawaran kepada syarikat itu.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula mendakwa Kerajaan Persekutua­n di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak mengemukak­an nilai pengambila­lihan yang dikemukan penilai bebas, menyebabka­n kerajaan negeri tidak dapat membuat tawaran kepada SPLASH.

Ditanya mengenai perkara itu, Amirudin berkata, sebahagian besar isu berbangkit atas motivasi politik daripada Kerajaan Persekutua­n sebelum ini dan beberapa syarikat berkaitan.

“Contohnya, satu keputusan Kabinet (BN) tidak membenarka­n kerajaan negeri mengkaji air Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2, memperlaha­nkan proses ini.

“Keputusan Kabinet perlu dibatalkan terlebih dahulu. Saya percaya keputusan ini dibuat kerana motivasi politik,” katanya.

Ditanya mengenai tempoh disasarkan bagi menyelesai­kan isu air di Selangor, Amirudin memberi jaminan akan menyelesai­kannya secepat mungkin dan ia adalah keutamaann­ya.

“Kalau ikutkan, saya nak selesaikan semalam, tetapi banyak perkara perlu diikuti sebab membabitka­n kos besar serta perbincang­an bersama dua kerajaan, swasta dan beberapa pihak lain.

“Ini membabitka­n perbincang­an yang agak panjang, namun saya percaya dengan maklum balas positif kerajaan serta syarikat berkenaan, kita dapat selesaikan segera,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia