Berita Harian

Bapa 2 budak saksi kejadian mungkin dipanggil

-

Klang: Polis akan memanggil bapa kepada kanak-kanak yang turut dijaga pengasuh Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif, bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, berkata pihaknya memerlukan segala keterangan diperlukan bagi membantu siasatan kematian bayi berusia lima bulan itu, Selasa lalu.

“Kalau ada keterangan­nya, sudah tentu kita akan panggil (bagi membantu siasatan), begitu juga sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes ini perlu salurkan kepada kita,” katanya selepas menghadiri Majlis Hari Raya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di sini, semalam.

Kelmarin, bapa kepada dua kanak-kanak, Zian Hafiz Ahmad Zawati, 36, dilapor mendakwa anaknya menceritak­an suspek dikatakan menggoncan­g badan, serta mengetuk kepala mangsa kerana asyik menangis.

2 anak turut dijaga suspek

Kedua-dua anaknya dihantar ke rumah pengasuh terbabit di Batu Caves sejak dua minggu lalu.

Mazlan berkata, siasatan polis bertumpu kepada waktu selepas jam 12.30 tengah hari pada hari kejadian, sehingga bayi berkenaan ditemui meninggal dunia.

“Kita tahu kejadian berlaku di rumah itu dan pasti ada orang bertanggun­gjawab (terhadap kes berkenaan).

“Siasatan masih diteruskan dan kedua-dua suspek direman sehingga 10 Julai ini sebelum pendakwaan di mahkamah,” katanya.

Kalau ada keterangan­nya, sudah tentu kita akan panggil” Mazlan Mansor, Ketua Polis Selangor

 ?? [FOTO FAIZ ANUAR/BH] ?? Mazlan Mansor (tiga dari kanan) membuat lawatan ke gerai diiringi Ketua Polis Daerah IPD Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan (kanan) ketika Majlis Hari Raya IPD Klang Utara di Klang, semalam.
[FOTO FAIZ ANUAR/BH] Mazlan Mansor (tiga dari kanan) membuat lawatan ke gerai diiringi Ketua Polis Daerah IPD Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan (kanan) ketika Majlis Hari Raya IPD Klang Utara di Klang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia