Berita Harian

Folder Set setem khas ulang tahun kelahiran PM

Penghormat­an Pos Malaysia, RM5 daripada setiap jualan masuk THM

- Oleh Nor Akmar Samudin dan Husna Alias

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluark­an setem khas Folder Set edisi terhad sempena kelahiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang ke-93 tahun pada 10 Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Al-ishsal Ishak, berkata Pos Malaysia memberi penghormat­an kepada ikon prolifik negara itu dengan menghasilk­an folder set istimewa berkenaan.

“Dr Mahathir mendedikas­ikan seluruh hidupnya demi memperkasa­kan Malaysia dan ini cara kami untuk menyatakan terima kasih di atas segala usaha serta pengorbana­n beliau kepada negara,” katanya pada majlis pelancaran folder set setem kenangan itu di ibu pejabat Pos Malaysia, di sini, semalam.

Tiga reka bentuk Setem Ku

Ishsal berkata, penjualan folder set itu selain dijadikan koleksi kenangan juga bertujuan mengumpul dana Tabung Harapan Malaysia (THM) kerana setiap RM5 daripada hasil jualan folder set itu akan disalurkan ke tabung berkenaan.

Beliau berkata, folder set itu mengandung­i tiga reka bentuk Setem Ku yang memaparkan saat ceria keakraban Perdana Menteri dengan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan detik bersejarah ketika upacara angkat sumpah Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ketujuh.

Setem Ku yang memaparkan tiga reka bentuk setem berbeza itu mempunyai nilai muka 60 sen setiap satu.

“Kami hanya mengeluark­an 100,000 keping untuk setiap reka bentuk Setem Ku itu (300,000 keping secara keseluruha­n).

“Setiap set lengkap itu dijual pada harga RM93 dan boleh didapati di semua Pejabat Pos Besar, pejabat pos terpilih di seluruh negara dan pembelian secara dalam talian di eziemall.com,” katanya.

Folder set itu mula dijual pada tarikh sama hari kelahiran Dr Mahathir pada 10 Julai ini.

 ?? [FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] ?? Kakitangan Pos Malaysia, Nurul Nadiana Mohd Tahir tahun ke-93 Dr Mahathir, di Kuala Lumpur, semalam. memegang Folder Set Setem Ku sempena ulang
[FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] Kakitangan Pos Malaysia, Nurul Nadiana Mohd Tahir tahun ke-93 Dr Mahathir, di Kuala Lumpur, semalam. memegang Folder Set Setem Ku sempena ulang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia