Berita Harian

Rokok, arak RM335,000 dirampas

-

Muar: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 merampas 24,500 paket rokok dan 7,440 minuman keras tidak sah dianggar berjumlah RM334,880 dalam serbuan di dua rumah dan sebuah lori di Parit Bakar di sini, awal pagi kelmarin.

Komander PPM Wilayah 2, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang, berkata sepasukan pegawai dan anggota Unit Risikan Marin (URM) PPM Wilayah 2 Tampoi dan Muar menyerbu dua rumah dipercayai menjadi tempat penyimpana­n rokok dan arak tidak sah kirakira jam 1 pagi kelmarin.

“Selepas hampir dua jam membuat pemantauan, pagi, pasukan operasi menyerbu sebuah rumah tidak berpenghun­i di kawasan perumahan di Parit Bakar, pada jam 3.50 pagi.

“Hasilnya, pasukan operasi menemui 10,500 paket rokok dan sejumlah minuman keras tidak sah pelbagai jenama di dalam bilik dan ruangan belakang rumah.

Serbu lokasi penyimpana­n

“Pasukan operasi turut memeriksa sebuah lori di tepi jalan kawasan perumahan sama dan menemui sejumlah minuman keras dipercayai tidak sah di bahagian ruangan belakang kenderaan berkenaan,” katanya pada sidang media di Markas Operasi PPM Wilayah 2 Muar, semalam.

Yang turut hadir, Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah 2 Muar, Deputi Superinten­dan Nordin Osman dan Pegawai Risikan PPM Wilayah 2, Inspektor Fadli Ramli.

Khon Chiang berkata, pasukan operasi turut menyerbu sebuah rumah terletak kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi pertama yang dipercayai menjadi lokasi penyimpana­n rokok dan minuman tidak sah.

“Pasukan operasi memecah masuk kediaman itu dan pemeriksaa­n menemui sejumlah rokok dan minuman tidak sah,” katanya.

Pasukan operasi menemui 10,500 paket rokok dan sejumlah minuman keras tidak sah pelbagai jenama di dalam bilik dan ruangan belakang rumah” Paul Khiu Khon Chiang, Komander PPM Wilayah 2

 ?? [FOTO ADI SAFRI/BH] ?? Khon Chiang (tengah) bersama barang rampasan di Jeti Pasukan Polis Marin, Muar.
[FOTO ADI SAFRI/BH] Khon Chiang (tengah) bersama barang rampasan di Jeti Pasukan Polis Marin, Muar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia