Berita Harian

Najib berjaya batal saman isu angkat sumpah jawatan PM

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi semalam membenarka­n permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk membatalka­n saman bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim berhubung angkat sumpah jawatan Perdana Menteri pada 2009 yang didakwa tidak mengikut Perlembaga­an.

Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Nur Shafiqa Balqish Jaffri, mewakili Najib dan peguam Adenan Ismail mewakili Mat Zain.

Nur Shafiqa ketika ditemui berkata, mahkamah membenarka­n permohonan anak guamnya selepas mendapati saman difailkan plaintif (Mat Zain) bersifat akademik, remeh dan membazir masa mahkamah.

Saman tak relevan lagi

“Kejadian (angkat sumpah) yang berlaku adalah pada 2009. Oleh itu, saman plaintif (Mat Zain) tidak relevan berikutan Najib kini bukan lagi Perdana Menteri,” katanya.

Nur Shafiqa berkata, mahkamah turut membatalka­n saman plaintif dan memerintah­kannya membayar kos RM5,000 kepada defendan (Najib).

Najib memohon untuk membatalka­n saman itu atas alasan Mat Zain tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman berkenaan.

Pada 23 Mac lalu, Mat Zain, 68, memfailkan saman itu dengan menamakan Najib sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan, Mat Zain mendakwa bahawa upacara Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia yang dibuat Najib pada 3 April 2009 adalah tidak mengikut Perlembaga­an dan dengan itu upacara itu adalah tidak sah dan terbatal.

Beliau memohon pengisytih­aran defendan tidak berkelayak­an menjadi seorang Perdana Menteri atau Menteri Kewangan sejak 3 April 2009 selain mendakwa defendan juga menukar keseluruha­n bentuk dan maksud asal Sumpah Jawatan dan Setia itu semasa upacara mengangkat sumpah.

Turut dipohon relif lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Kejadian (angkat sumpah) yang berlaku adalah pada 2009. Oleh itu, saman plaintif (Mat Zain) tidak relevan berikutan Najib kini bukan lagi Perdana Menteri” Nur Shafiqa Balqish Jaffri, Peguam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia