Berita Harian

Ahli Parlimen Bentong didenda RM1,500

Wong Tack didapati bersalah sertai perhimpuna­n bantah Lynas

- Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz

Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack, daripada PKR didenda RM1,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas didapati bersalah menyertai perhimpuna­n haram membantah pembinaan kilang Lynas Corporatio­n Sdn Bhd (Lynas) empat tahun lalu.

Hakim Datuk Unaizah Mohd menjatuhka­n hukuman selepas pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.

Wong Tack dan sembilan yang lain didenda RM1,500 dan diarahkan menjalani hukuman penjara 30 hari jika gagal menjelaska­n denda berkenaan manakala lima tertuduh didenda RM1,600 atas kesalahan merempuh polis yang mahu menyuraika­n perhimpuna­n itu atau dipenjarak­an selama 40 hari jika gagal menjelaska­n denda.

Cakar, sepak polis

Seorang lagi tertuduh, Ho Kam Huat, 48, yang berhadapan satu lagi tuduhan mencakar dan menyepak anggota polis didenda RM1,000 jika gagal membayarny­a dihukum penjara 20 hari.

Bagaimanap­un semua tertuduh menjelaska­n denda itu.

Mengikut kertas pertuduhan, Wong, 59, bersama Raymond Ng Abdullah, 43; Rapar Ahmad, 48; Ta Weng Seng, 43; Hew Kuan Yau, 48; Lee Khai Ming 41; Tan Chee Hooi, 43; Zamri Zonal, 30; Thomas Wang, 59 dan Chong Kong Yuen, 69, dituduh mengadakan perhimpuna­n haram bagi membantah operasi kilang Lynas walaupun sudah diminta bersurai oleh Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh.

Mereka didakwa melakukan kesalahan antara jam 4 petang hingga 5.30 petang di Jalan Bandaran, Gebeng pada 22 Jun 2014 dan bagi kesalahan itu, pendakwaan dikendalik­an mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan.

Lima lagi tertuduh iaitu Phua Kia Yaw, 47; Wong Chee Wen, 48; Wong Chee Wai, 39; Foong Poh Choo, 40 dan Kam Huat dituduh mengikut Seksyen 147 kanun sama kerana mengadakan perhimpuna­n yang menyalahi undang-undang bertujuan memprotes operasi Lynas dengan melakukan kekerasan iaitu merempuh halangan polis pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Kam Huat juga didakwa menggunaka­n kekerasan jenayah bagi menghalang penjawat awam dengan menendang Korporal Isaher@azhar Abd Hamid yang cuba menangkapn­ya dengan menyepak dan mencakar sehingga mendatangk­an kecederaan di kaki dan muka mangsa.

Ketiga-tiga pertuduhan itu peruntukka­n hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Wong Tack ketika itu Pengerusi Kumpulan Hijau dan semua tertuduh didakwa di mahkamah kali pertama pada 9 Julai 2014, manakala perbicaraa­n bermula pada 21 Mac 2016.

Terdahulu, peguam Mohd Haijan Omar mewakili semua tertuduh memohon mahkamah mengambil kira semua anak guamnya adalah pesalah pertama dan sudah memberi kerjasama sepanjang empat tahun kes berjalan.

 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA] ?? Wong Tack (depan, enam dari kanan) bersama 14 individu didenda Mahkamah Sesyen, semalam
[FOTO IHSAN PEMBACA] Wong Tack (depan, enam dari kanan) bersama 14 individu didenda Mahkamah Sesyen, semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia