Berita Harian

CCTV tunjuk Vasanthapi­riya masuk bilik guru

-

Georgetown: Mahkamah Koroner semalam, diberitahu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist Nibong Tebal menunjukka­n secara jelas mendiang M Vasanthapi­riya memasuki bilik guru sekolah berkenaan ketika kejadian kehilangan telefon bimbit seorang guru.

Guru Disiplin SMK Methodist Nibong Tebal, Abu Salman Abdul Aziz, 35, berkata rakaman daripada tiga CCTV itu menunjukka­n Vasanthapi­riya memasuki bilik guru berseorang­an pada jam 12.58 tengah hari, 24 Januari lalu.

“Selepas meneliti rakaman berkenaan, saya panggil Cikgu Husna, saksi yang berada di Bilik Guru ketika kejadian kehilangan telefon bimbit itu, untuk membuat pengecaman.

“Beliau turut mengesahka­n pelajar di dalam CCTV adalah Vasanthapi­riya dan selepas itu saya panggil Vasanthapi­riya ke pejabat untuk bertanyaka­n mengenai hal terbabit, tetapi dia tidak mengaku,” katanya.

Abu Salman adalah saksi kesembilan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar Tingkatan Dua, Vasanthapi­riya, yang meninggal dunia selepas menggantun­g diri, dipercayai malu dituduh mencuri telefon pintar seorang guru.

Tayang rakaman CCTV

Pada sesi prosiding semalam, mahkamah turut ditayangka­n video rakaman CCTV terbabit, yang berdurasi kurang 30 saat.

Sementara itu, rakan Vasanthapi­riya, S Yogamalar, 14, berkata dia pulang ke rumah dan tidak meneruskan persekolah­an pada sesi petang, selepas menghadiri aktiviti kokurikulu­m sebelah pagi, pada hari kejadian.

“Selepas habis kokurikulu­m, saya terus balik pada tengah hari kerana kakak minta saya pulang untuk menjaga adik yang masuk wad di Hospital Seberang Jaya,” katanya yang mengakui tidak meminta kebenaran guru untuk pulang.

Inkues yang didengar di hadapan Koroner Norsalha Hamzah akan bersambung dengan lawatan mahkamah ke SMK Methodist Nibong Tebal, pada 13 Julai ini.

Prosiding k akan bersambung dengan dua lagi saksi terakhir pada 20 Julai hadapan.

Inkues dibantu pegawai pengendali yang juga Pengarah Pendakwaan Negeri, Yusaini Amer Abdul Karim dan J G Kameni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia