Berita Harian

Mangsa kebakaran tangki minyak cedera muka, tangan

-

Kuala Terengganu: “Hati bapa mana tidak sedih melihat keadaan anak terbaring dalam keadaan muka dan tangannya melecur,” kata Mohd Ali, 72, bapa kepada Rosli Mohd, 42, yang melecur dalam kebakaran membabitka­n tiga tangki minyak di Kawasan Perindustr­ian Teluk Kalong, Kemaman, semalam.

Rosli yang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dilaporkan stabil.

Mohd yang bekerja sebagai nelayan berkata, anaknya itu berada dalam keadaan sedar ketika beliau melawatnya di wad dengan keadaan tangannya berbalut, manakala mukanya yang cedera masih belum berbalut.

“Sedih tengok keadaan dia apatah lagi melihat muka dia yang kemerahan akibat kebakaran itu.

“Tidak dapat saya bayangkan macam mana dia berhadapan dan menanggung kesakitan ketika kejadian itu berlaku.

“Bagaimanap­un, saya bersyukur kerana keadaannya stabil dan harap Rosli segera sembuh.

“Saya harap dia dapat cari kerja lain apabila dia sihat kelak,” katanya ketika ditemui di HSNZ di sini, semalam.

Katanya, beliau dimaklumka­n anak kelima daripada 15 beradik itu cedera dalam kebakaran itu dan dihantar ke Hospital Kemaman, sebelum beberapa anak yang lain ke sana untuk melihat keadaan Rosli.

“Namun, Rosli dipindahka­n ke HSNZ sebelum saya ke sini bersama anak ketiga pada jam 10 pagi tadi.

“Saya tidak tahu Rosli bekerja di Kemaman sebab yang saya tahu dia bekerja dan tinggal bersama isteri dan empat anak berusia antara dua hingga 13 tahun di Paka, Dungun,” katanya.

Hanya seorang mangsa

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Penolong Pesuruhjay­a, Azlimin Mat Noor, berkata hanya Rosli yang cedera dalam kejadian itu.

Ketika kejadian, mangsa seorang pekerja kontrak dipercayai sedang menjalanka­n kerja penyelengg­araan berhampira­n kawasan tangki terbabit.

Katanya, dakwaan kononnya enam pekerja cedera dalam insiden kebakaran adalah palsu.

Sementara itu, Azlimin berkata, kerja memadam tangki pertama dan kedua berjaya dan kebakaran hanya tinggal beberapa peratus sahaja.

 ?? [FOTO GHAZALI KORI/BH] ?? Kebakaran di Kawasan Perindustr­ian Teluk Kalong, Kemaman, semalam.
[FOTO GHAZALI KORI/BH] Kebakaran di Kawasan Perindustr­ian Teluk Kalong, Kemaman, semalam.
 ??  ?? Mohd Ali
Mohd Ali

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia