Berita Harian

Projek berimplika­si kewangan besar disemak

Kementeria­n Dalam Negeri turut kaji projek SKIN dilaksanak­an Prestarian­g

- Oleh Nurhayati Abllah

Kerajaan menerusi Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) akan menyemak semula semua pelaksanaa­n projek yang mempunyai implikasi kewangan yang besar.

Projek berkenaan turut termasuk dengan Projek Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) yang dijalankan oleh Prestarian­g Bhd (Prestarian­g) serta beberapa projek lain.

Susulan pengumuman itu, saham Prestarian­g susut sehingga 10.9 peratus kepada paras terendah sejak 10 Oktober 2013.

Bagaimanap­un, ia ditutup 12 sen lebih rendah kepada RM1.07, berbanding Khamis dengan lebih empat juta saham bertukar tangan, tertinggi sejak 16 Mei tahun ini.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim, dalam satu kenyataan kelmarin, berkata semakan itu dijalankan selaras dengan penambahba­ikan tadbir urus dan usaha kerajaan merasional­isasikan perbelanja­an.

Pada Julai 2017, Prestarian­g menerusi anak syarikatny­a, Prestarian­g Skin Sdn Bhd menandatan­gani perjanjian konsesi selama 15 tahun daripada KDN yang akan menggantik­an Sistem Imigresen Malaysia (myimms).

Projek SKIN bernilai RM3.5 bilion

Sebelum ini, Prestarian­g, dilaporkan akan meneruskan projek SKIN yang bernilai RM3.5 bilion kerana tidak mendapat arahan semakan semula oleh kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Dr Abu Hasan Ismail dipetik sebagai berkata, projek itu akan dijalankan seperti biasa dan syarikat terbabit kini memberi tumpuan untuk menyiapkan sepenuhnya projek itu pada tarikh yang ditetapkan, iaitu pada 2020.

SKIN, yang dijangka akan dilaksanak­an pada 2021 adalah sistem yang dibangunka­n bagi memperkasa sistem kawalan imigresen negara, sekali gus menjaga keselamata­n sempadan negara bagi memenuhi keperluan operasi imigresen masa kini dan hadapan.

Ia termasuk meningkatk­an koordinasi, menambah baik proses imigresen bagi meningkatk­an kecekapan dan keberkesan­an menangani kegiatan jenayah rentas sempadan.

Sistem berkenaan akan dihubungka­n ke semua pintu masuk negara, termasuk lapangan terbang dan sempadan serta pejabat Atase di luar negara.

Langkah bijak kerajaan

Penganalis­is pasaran, Nazzary Rosli, berkata harga saham Prestarian­g berpotensi kembali menokok selagi ia kekal melebihi RM1 paras sokongan utama.

“Jika melepasi paras sokongan itu, ia akan menyebabka­n saham berkenaan terus merosot. Ia kini diniagakan di bawah purata pergerakan mudah 200 hari (SMA200) dan SMA50.

“SMA50 jatuh bawah SMA200, menunjukka­n tanda merosot. Bagaimanap­un, mungkin akan ada perubahan arah jika harga saham tidak terus berada di bawah paras sokongan psikologi pada RM1,” katanya.

Sementara itu, Ketua Ekonomi MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Dr Kamaruddin Mohd Nor, berkata langkah kerajaan untuk mengkaji semula projek berimplika­si kewangan besar adalah dialualuka­n dan ia selaras dengan usaha untuk memastikan setiap wang yang dibelanjak­an adalah wajar serta munasabah.

Pada masa sama katanya, adalah untuk memastikan tadbir urus yang telus kerana setiap wang yang digunakan diperoleh daripada pembayar cukai.

“Ini adalah antara langkah bijak memandangk­an keadaan semasa kewangan kerajaan,” katanya.

Langkah kerajaan untuk mengkaji semula projek berimplika­si kewangan besar adalah dialu-alukan dan ia selaras dengan usaha untuk memastikan setiap wang yang dibelanjak­an adalah wajar serta munasabah” Kamaruddin Mohd Nor, Ketua Ekonomi MIDF Amanah Investment Bank Bhd

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia