Berita Harian

MERCEDESBE­NZ

Catat jualan 6 bulan tertinggi

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@nstp.com.my

Mercedes-benz Malaysia (MBM) meneruskan momentum pertumbuha­n positif dalam segmen kenderaan premium di Malaysia selepas mencatat jualan 6,790 unit bagi tempoh separuh pertama tahun ini, tertinggi dalam tempoh enam bulan sejak ia ditubuhkan pada 2003.

Naib Presiden Pemasaran dan Jualan Kenderaan Penumpang MBM, Mark Raine, berkata rekod jualan tertinggi itu turut mengatasi jumlah dicatatkan bagi tempoh sama tahun lalu, iaitu 5,913 unit atau 15 peratus.

Ia sekali gus menyaksika­n pengeluar kereta premium itu berada pada landasan tepat untuk mencip- ta satu lagi rekod jualan tertinggi bagi setahun penuh.

Katanya, dengan jualan positif yang dicatatkan syarikat itu kekal menjadi jenama kenderaan premium nombor satu di Malaysia.

“Kami meraih penguasaan pasaran 2.5 peratus setakat ini daripada 2.3 peratus pada tahun lalu. Lebih lima model dan varian lagi dalam empat segmen kami akan diperkenal­kan pada separuh kedua tahun ini bagi memenuhi permintaan pelanggan di Malaysia,” katanya kepada media selepas majlis pengumuman prestasi jualan separuh pertama 2018 dan pelancaran Mercedes-benz E 300 AMG Line di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir, Presiden dan Ketua Eksekutif Mercedes-benz Malaysia, Dr Claus Weidner; Pengarah Urusan Mercedes-benz Services Malaysia (MBSM), Mike Ponnaz dan Naib Presiden Perkhidmat­an Selepas Jualan MBSM, Heinrich Schromm.

Tawar lebih 23 model

Bagi tempoh separuh pertama 2018, MBM menjual, 4,322 unit model limosin pemasangan tempatan (CKD), sekali gus menjadi penyumbang terbesar dalam jualan keseluruha­n bagi tempoh dikaji, diikuti model SUV premium (1,291 unit).

Bagi model kompak pula, rangkaian varian itu menyumbang jualan 996 unit bagi tempoh setengah tahun 2018 dan model kereta impian mencatat jualan 181 unit.

Setakat ini MBM memiliki 34 autohaus daripada sembilan kumpulan pengedar utama di Malaysia, manakala ia menawarkan lebih 23 model dan 53 varian di pasaran domestik.

Pelan strategik

Sementara itu, Weidner berkata, MBM juga meninjau pelan strategik untuk meningkatk­an pengeluara­n jenama itu di kilang pengeluara­n di Pekan, Pahang mengikut keperluan dan lonjakan permintaan pelanggan.

“Kami menyelaras pengeluara­n kenderaan di Pekan berdasarka­n permintaan. Sebagai pelabur, kami melihat peluang perniagaan di Malaysia dan berlandask­an permintaan,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, MBM turut melancarka­n model Mercedes-benz E 300 AMG Line yang ditawarkan pada harga daripada RM388,888 yang menggantik­an model E 350 e plug-in hibrid bagi menyertai model paling pintar, iaitu E 200 Avantgarde, E 250 Avantgarde, E 250 Exclusive, Mercedes-amg E 43 dan MercedesAM­G E 63 S.

 ??  ??
 ?? [ FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD / BH ] ?? Weidner (kanan) bersama Raine menunjukka­n model baharu kereta Mercedes-benz E 300 AMG Line di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD / BH ] Weidner (kanan) bersama Raine menunjukka­n model baharu kereta Mercedes-benz E 300 AMG Line di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia